21/08/2013

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI PANGSAPURI VILLA SENTOSA, TAMAN SENTOSA KLANG.


Lawat periksa telah dibuat ke lokasi aduan pada tarikh tersebut di atas dan mendapati aduan tersebut adalah benar. Pemerhatian pihak kami mendapati pondok pengawal keselamatan telah dibakar oleh pengawal keselamatan yang tidak berpuas hati disebabkan pihak ejen pengurusan tidak membayar gaji mereka. Palang automatik juga didapati telah dirosakkan. Menurut penduduk yang telah sempat kami temubual, mereka mendakwa orang suruhan ejen pengurusan telah melakukan kerosakan terhadap harta benda penduduk di situ dengan memecahkan cermin sisi motosikal, mencalarkan badan-badan kenderaan dan ada juga kenderaan yang dipancitkan. Perkara tersebut berlaku mungkin di sebabkan tindakan Ahli Majlis Pangsapuri Villa Sentosa yang baru dilantik telah memecat Ejen Pengurusan sediada di atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.












20/08/2013

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI PANGSAPURI TAMAN PERMAI INDAH, PANDAMARAN JAYA


Lawat periksa telah dibuat ke lokasi aduan pada tarikh tersebut di atas dan mendapati aduan tersebut adalah benar. Lif di Blok B, telah di hentikan operasinya oleh pihak pengurus bangunan pada jam 7.30 p.m disebabkan pintu lif tidak boleh ditutup. Menurut cakap pihak pengurus bangunan, punca terjadinya kes tersebut adalah terdapat penghuni yang menahan pintu lif terlalu lama sehingga pintu lif tidak dapat berfungsi semula. Pihak pengurus bangunan, kerja-kerja pembaikan akan dilakukan pada 10.06.2013 (isnin) oleh pihak kontraktor lif yang dilantik oleh pihak pengurusan bangunan. Pihak Pesuruhjaya Bangunan akan memantau dari masa ke semasa keadaan lif di Pangsapuri Taman Permai Indah samada berfungsi sepenuhnya ataupun sebaliknya.