10/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI DAHLIA DAN PANGSAPURI DAHLIA, MAWAR & CEMPAKA BANDAR BARU KLANG :.


Suatu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Dahlia pada 03/02/2009 berhubung aduan berkenaan lif yang sentiasa rosak dan tahap kebersihan yang tidak memuaskan di pangsapuri tersebut.

Hasil daripada lawat periksa kami bersama wakil pemaju iaitu En.Ruslan Henry daripada Daya Tarikan Sdn Bhd mendapati :.

Pangsapuri Dahlia :
           
i. Plastik-plastik sampah dilonggokkkan di tepi koridor dan di penjuru tangga.
ii. Keadaan lif yang rosak.
iii. Cermin tingkap pecah/hilang.
iv. Kerja-kerja kutipan sampah tidak mengikut jadual.























vi. Masalah anjing liar.
vii. masalah Vandalisme di kalangan penduduk.

Pangsapuri Cempaka :.
 i. Wujud premis perniagaan di bawah pangsapuri yang beroperasi tanpa lesen.
ii. Meletak peti ais yang rosak di luar koridor.
iii. Difahamkan, jumlah warga asing yang mendiami pangsapuri tersebut menjadi punca masalah ini berlaku.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI MUTIARA BUKIT RAJA


Suatu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2 pada 03/02/2009 berhubung keluhan penghuni berhubung status pengurusan di pangsapuri tersebut.













Hasil daripada lawat periksa dan perjumpaan bersama Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Mutiara Bukit Raja 2,didapati keadaan pangsapuri dalam keadaan kotor dan kami dipahamkan, pihak pemaju iaitu NPO Development Sdn Bhd, tidak menjalankan kerja-kerja pembersihan selama 2 hari. Semakan kami mendapati Badan Pengurusan Bersama (JMB) belum ditubuhkan disebabkan oleh pihak pemaju belum menyerahkan akaun yang diaudit kepada Bahagian Pesuruhjaya Bangunan untuk semakan.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI BUKIT KUDA :.






























Satu lawatan tapak telah dibuat di pangsapuri Bukit Kuda pada 03/02/2009 bagi tujuan melawat dan memeriksa keadaan di Pangsapuri Bukit Kuda.

            Hasil daripada lawatan dan pemeriksaan tersebut, didapati keadaan Apartment Klang Villa dalam keadaan baik walaupun ada beberapa masalah kecil. Kerja-kerja pembersihan juga dilakukan dua kali sehari pada setiap minggu. Keselamatan penghuni juga terjamin dengan adanya CCTV di setiap lif dan dihadapan pondok pengawal.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI IDAMAN SENTOSA


Suatu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Idaman Sentosa pada 07/01/2009 berhubung aduan penduduk Pangsapuri Idaman Sentosa berkenaan aktiviti tidak bermoral penghuni unit B-7-05.

Hasil daripada lawat periksa dan temu bual dengan beberapa orang penduduk, didapati beberapa masalah  dibangkitkan oleh penduduk berkenaan penghuni unit B-7-05 adalah seperti  :.
           
i)                     kencing di dalam lif
ii)                   menghidu gam.
iii)                  Disyaki kes pecah masuk rumah
iv)                 Mengugut pengawal keselamatan
v)                   Mandi bogel di kolam renang
vi)                 Membawa masuk perempuan yang bukan penghuni pangsapuri tersebut.
vii)                Melakukan maksiat