Jabatan Pesuruhjaya bangunan telah menerima undangan oleh JMB Flat Tmn Suria Pendamar, Pel. Klang dan 21 hb Mei 2011. Jabatan Pesuruhjaya Bangunan yang diketuai oleh En Ari bin Hj. Adam selaku Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan telah meluangkan masa bersama-sama 4 orang kakitangan untuk menjayakan Mesyuarat Agung tersebut sambil memberi penerangan atau garis panduan terhadap penduduk di kedua-dua kawasan tersebut.
Melalui aktiviti tersebut, para penduduk dapat mengenali kakitangan Pesuruhjaya Bangunan dengan lebih dekat dan Mesra bagi kebaikan bersama dengan itu segala permasalahan dapat diajukan dan diselesaikan dengan lebih efektif dan berhemah. Bagi JMB Flat Tmn Suria Pendamar Syabas diucapkan diatas tanggungjawab dan usaha yang dilakukan demi kebaikan besama penduduk.
Kakitangan yang menjayakan Aktiviti Pada 21 hb Mei 2011 :-
1. Encik Ari Bin Haji Adam - Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
2. Encik Thalib Bin Omar - Pen. Pegawai Tadbir
3. Puan Shaferella Binti Sapardin - Pen. Akauntan
4. Puan Wan Norhafizah Bt. Amir - Pen. Pegawai Tadbir
5. Encik Mohamad Azmir Ajelan - Pembantu Tadbir
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.