10/03/2014

KES MENDAPAN LANTAI RUMAH DI FLAT TAMAN SERI SEMENTA, KLANG

 Pada 29 Disember 2013 pada jam 3.00 p.m, telah berlaku kejadian retakan dan mendapan pada unit 11-G-2, Flat Seri Sementa. Penghuni telah menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat dan pihak Bomba menasihat agar penghuni mengosongkan unit kediaman bagi langkah-langkah keselamatan. Agensi yang hadir ke lokasi kejadian adalah seperti BOMBA, PDRM, SYABAS, Pemaju (Atheneum Park Sdn Bhd), Jabatan Pesuruhjaya Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Bangunan. Hasil pemehatian pihak yang terlibat, mendapati lantai di unit terlibat tidak mempunyai besi tetulang yang berfungsi sebagai penyokong sturuktur lantai yang mendap.  Setelah dibuat perbincangan, pihak pemaju bersetuju membantu membaiki kerosakan tersebut. Pihak COB mencadangkan, selepas ini, sebarang bentuk pembangunan BERSTRATA atau Rumah Bertingkat perlu dibuat SOIL TEST atau SOIL INVESTIGATION bagi tujuan memeriksa integriti dan kekukuhan tanah sesebuah kawasan pemajuan. Selepas ini perlu diwajibkan mengosongkan kawasan bawah sesebuah kawasan rumah bertingkat.



















































No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.