Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Jawatankuasa Pengurusan (MC)
pangsapuri yang masih mempunyai tunggakan bil diminta mengadakan
perbincangan bersama syarikat utiliti dengan kadar segera.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar
Abdul Samad mahu JMB dan MC mencapai pelan pembayaran berjadual bagi
mengelakkan pemotongan perkhidmatan utiliti.
“Pejabat ini dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) kerap
didatangi JMB dan MC meminta bantuan Kerajaan Negeri apabila bekalan
air atau bekalan elektrik dipotong.
“Tetapi ketika itu jumlah tunggakan telah menjadi terlalu tinggi dan
penduduk akan menghadapi masalah untuk membayar tunggakan tersebut,”
jelas Iskandar.
LPHS bersedia menjadi pemudah cara dalam rundingan antara JMC/MC dan syarikat utiliti.
“Tetapi rundingan mungkin akan memakan masa yang lama sebelum
sebarang persetujuan dapat dicapai dan bekalan dapat disambung semula.
“Oleh itu, lebih mudah sekiranya rundingan dilakukan sebelum pemotongan,” katanya.
Beliau berpesan agar JMB mahupun MC tidak mengambil mudah dan leka
sekiranya pemotongan tidak dilakukan kerana pemotongan boleh dilakukan
pada bila-bila masa. – HM
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.