09/11/2011

LAWATAN TAPAK PADA 10 MEI 2011 DI APARTMENT SAMUDERA 2 JLN BEREMBANG PEL KLANG

by Klang Cob on Friday, May 20, 2011 at 5:03pm
Lawatan tapak telah dibuat pada 10/05/2011 berdasarkan aduan daripada salah seorang penghuni Apartment Samudera 2 berkenaan saluran longkang tersumbat.

Hasil daripada lawatan tersebut pihak Pesuruhjaya Bangunan telah mendapati bahawa memang terdapat saluran longkang tersumbat di laluan koridor didalam bangunan tersebut. Punca saluran longkang itu tersumbat adalah disebabkan oleh tindakan penghuni sendiri dimana mereka telah membuat pintasan saluran paip buangan terus kedalam longkang tersebut dan juga ada segelintir penghuni di Apartment tersebut yang membuang sampah di kawasan itu dan menyebabkan keadaan dikawasan itu semakin teruk.Selain daripada itu, pihak Pesuruhjaya Bangunan juga mendapati longkang utama di luar Apartment itu juga terdapat sampah yang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Bilik yang menempatkan meter elektrik di Apartment itu juga didapati tidak berada didalam keadaan yang baik dimana pintu di bilik itu telah pecah dan boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak dan penghuni disitu.  Bersama-sama ini disertakan gambar untuk rujukan.


LAWATAN TAPAK PADA 19 MEI 2011 DI PALM GARDEN BANDAR BARU KLANG


by Klang Cob on Friday, May 20, 2011 at 5:31pm
Lawatan tapak telah dibuat pada 19/05/2011 berdasarkan aduan daripada salah seorang penghuni Apartment Palm Garden berkenaan Lif dan Pam Air yang rosak.


Hasil daripada lawatan tersebut pihak Pesuruhjaya Bangunan telah mendapati bahawa memang terdapat satu daripada tiga lif yang disediakan di Apartment palm Garden itu yang masih boleh beroperasi manakala dua lagi lif tersebut didapati rosak dan menyebabkan kesukaran penduduk disitu. Selain daripada itu juga didapati Pam Air utama di bangunan tersebut juga tidak berfungsi dengan baik dan menyebabkan gangguan bekalan air di Apartment tersebut. Pihak Pesuruhjaya Bangunan telah berbincang dengan pihak pengurusan ACMAR Palam Garden untuk menyelesaikan perkara tersebut dan Pihak pengurusan ACMAR Palm Garden melalui wakilnya Roslan Hendry berjanji akn menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin.  Bersama-sama ini disertakan gambar untuk rujukan.

  • Secara keseluruhannya kawasan sekitar Apartment Palm Garden masih terkawal. Walaubagaimanapun pihak Pesuruhjaya bangunan akan sentiasa memantau berkenaan aduan yang diterima dari masa ke semasa.




SEKITAR AKTIVITI PIHAK PESURUHJAYA BANGUNAN M.P.KLANG DI MAJLIS MESY. AGUNG JMB FLAT SURIA PENDAMAR & PRIMA BAYU APARTMENT


by Klang Cob on Sunday, May 22, 2011 at 3:25pm
Jabatan Pesuruhjaya bangunan telah menerima undangan oleh JMB Flat Tmn Suria Pendamar, Pel. Klang dan Prima Bayu Apartment, Bayu Perdana Klang pada 21 hb Mei 2011. Jabatan Pesuruhjaya Bangunan yang diketuai oleh En Ari bin Hj. Adam selaku Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan telah meluangkan masa bersama-sama 4 orang kakitangan untuk menjayakan Mesyuarat Agung tersebut sambil memberi penerangan atau garis panduan terhadap penduduk di kedua-dua kawasan tersebut. Melalui aktiviti tersebut, para penduduk dapat mengenali kakitangan Pesuruhjaya Bangunan dengan lebih dekat dan Mesra bagi kebaikan bersama dengan itu segala permasalahan dapat diajukan dan diselesaikan dengan lebih efektif dan berhemah. Bagi kedua-dua JMB Flat Tmn Suria Pendamar dan Prima Bayu Apartment Syabas diucapkan diatas tanggungjawab dan usaha yang dilakukan demi kebaikan besama penduduk.
Kakitangan yang menjayakan Aktiviti Pada 21 hb Mei 2011 :-
1.  Encik Ari Bin Haji Adam            - Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
2.  Encik Thalib Bin Omar              - Pen. Pegawai Tadbir
3. Puan Shaferella Binti Sapardin - Pen. Akauntan
4. Puan Wan Norhafizah Bt. Amir - Pen. Pegawai Tadbir
5. Encik Mohamad Azmir Ajelan    - Pembantu Tadbir
Flat Tmn Suria Pendamar

AJK sedang mempersiapkan peralatan...
Bincang apa tu bos...
Barisan Kakitangan yang komited melaksanakan tanggungjawab yang diberikan
Sebahagian penduduk yang hadir..
Sesi Penerangan...
Sesi Penerangan....
Lets Go...masa untuk pergi ke Mesy Prima Bayu Apart pula...Lets Go Quickly...bos cakap..
1st AGM Prima Bayu Apartment
Di sambut dengan begitu mesra oleh penduduk Prima Bayu Apartment..Terima Kasih di Ucapkan
Sebahagian penduduk yang hadir
Sesi Perkenalan antara penduduk dengan wakil C.O.B.
Penerangan yang Unik dimana 3 bahasa digunakan..En. Ari berbahasa Melayu dan Inggeris dan wakil penduduk translate dlm bahasa cina..1 Malaysia la katakan...
eh...Bos memperkenalkan diri dalam bahasa cina..respek la bos
Sesi soal jawab yang paling hangat...tapi dapat dijawab dengan baik dan tenang oleh En Ari
khusyuknya Pn Shaf n Pija....atau mengantuk

LAPORAN LAWAT PERIKSA PANGSAPURI PENDAMAR 7B PEL KLANG :-


by Klang Cob on Monday, July 4, 2011 at 5:36pm
Lawatan tapak telah dibuat pada 21/06/2011 jam 10.00 pagi, mengenai aduan oleh penduduk di Pangsapuri Pendamar 7B berkenaan keadaan sekitar dan tahap penyelenggaraan yang tidak memuaskan. Antara yang hadir dalam lawatan tersebut adalah seperti berikut  :-

a)    Wakil dari S.A.P. Urus Harta En Zamri dan Kakitangan S.A.P. Urus Harta
b)    En Ari b. Hj Adam dan kakitangan Jab Pesuruhjaya bangunan M.P.Klang
c)    Wakil dari YB. Adun kawasan Pel Klang

Hasil daripada lawatan tersebut pihak kami telah mendapati bahawa keadaan di premis tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik dimana kesemua lif yang disediakan rosak dan penyelenggaraan bangunan juga tidak diurus dengan sempurna seperti tangki air utama yang ditempatkan di bawah bangunan bocordan mesin pam air 1 daripada 2 pam air yang disediakan tidak berfungsi. Selain daripada itu juga didapati tunggakan bil elektrik dan air yang tidak dibayar meningkat dan telah diberi notis oleh TNB untuk memotong bekalan elektrik di kawasan premis tersebut. Setelah diminta penjelasan dari Pengerusi JMB Pendamar 7B, beliau menyatakan bahawa tunggakan tersebut tidak dapat dibayar oleh kerana kebanyakan penduduk di premis tersebut enggan membayar yuran penyelenggaraan. Untuk penyelesaian sementara bagi mengelakkan pemotongan berlaku, En Ari b. Hj Adam Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan meminta pihak S.A.P. Urus Harta menghubungi dan berbincang terus dengan pihak TNB supaya menangguhkan pemotongan tersebut oleh kerana pihak S.A.P. Urus Harta berjanji untuk membayar tunggakan sebanyak RM 14,778.25 secara ansuran selama 12 bulan dengan ansuran sebanyak RM 2,000.00.

Selain daripada itu, En Zamri selaku Ketua Eksekutif S.A.P. Urus Harta mencadangkan satu Majlis Dialog bersama Pemaju, Jawatankuasa JMB Pangsapuri Pendamar 7B, ADUN Kawasan Pel Klang dan pihak Pesuruhjaya Bangunan M.P.Klang diadakan dan beliau mencadangkan tarikh 24 Julai 2011 untuk Majlis tersebut dan akan memaklumkan kemudian bagi pengesahan tarikh tersebut. Pihak Pesuruhjaya Bangunan mengalu-alukan cadangan tersebut dan juga meminta pihak S.A.P. Urus Harta supaya serius dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Pangsapuri Pendamar 7B. Lawatan tersebut berakhir pada jam 12.30 tgh. Sekian dimaklumkan.












LAPORAN MESYUARAT DUN MERU DAN PENDUDUK P/PURI IMPIAN MERU :-


by Klang Cob on Wednesday, July 6, 2011 at 10:13am
Tarikh             : 29 Jun 2011
Masa               : 9.30 pagi
Tempat           : Bilik Mesy. Pejabat Dun Meru, Klang
Kehadiran       :-

a)    Y.B. Dr Hj Abd Rani B. Osman Ahli DUN Selangor- Pengerusi
b)    4 Orang wakil Pusat khidmat Masyarakat DUN Meru
c)    En. Ari b. Hj Adam Pengarah Pesuruh jaya Bangunan M.P.Klang
d)    En. Mohamad Azmir Ajelan Pemb. Tadbir Jabatan Pesuruhjaya bangunan
e)    1 Orang Wakil daripada Jab Bangunan M.P.Klang
f)     1 Orang Wakil daripada Jab Kejuruteraan M.P.Klang
g)    1 Orang Wakil darpada Jab Perancang bandar M.P.Klang
h)    En Zamri dan 1 orang kakitangan wakil daripada S.A.P. Urus Harta
i)      4 Orang wakil daripada P/Puri Impian Meru

Mesyuarat tersebut diadakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk P/Puri Impian Meru. Pengerusi majlis meminta wakil dari pemaju iaitu En K.L.ooi selaku General Manager dari Sykt Wawa Setia S/B memberi penjelasan mengenai masalah tersebut. Antara masalah yang diadukan oleh penduduk di premis itu adalah seperti berikut :-

  1. Masalah Infrastruktur - Pemaju tidak menyiapkan jalan dengan sempurna
  2. Lif Sering Rosak sekiranya berlaku hujan petir – dakwa bahawa pemaju tidak melengkapkan lif tersebut dengan pendawaian bumi
  3. Tangki utama yang membekalkan air kepada penduduk telah senget
  4. Pam air kerap mengalami kerosakan
  5. Paip penyambung dari pam ke tangki air telah rosak
  6. CF atau Sijil Layak Menduduki Bangunan tiada.
  7. Sistem Auto Loji Kumbahan telah rosak.
  8. Bangunan dibahagian longkang retak

 Butiran Penerangan dan tindakan yang akan diambil oleh Pemaju aadalah seperti berikut :-

Bil
Jenis Aduan / Tindakan
1. Jalan di dalam kawasan premis tidak sempurna - Pemaju akan membaiki
2. Lif kerap rosak disebabkan tiada wayar bumi jika berlakunya hujan petir -Pemaju akan siasat dan mencari jalan untuk dibaiki
3. Tangki dan saliran paip air yang rosak - Pemaju akan membaiki
4.Sistem Auto Loji Kumbahan rosak - Pemaju akan membaiki
5.Urusan ketiadaan Sijil Layak Menduduki Bagunan atau CF - Pemaju akan selesaikan dalam masa terdekat.
6.Bangunan Retak - Pemaju akan membaiki
 
Pengerusi juga meminta pandangan dari pihak Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang mengenai cara untuk mengatasi masalah tersebut dan En. Ari Adam selaku Pengarah Jabatan Pesuruhjaya bangunan telah menerangkan tentang kepentingan penubuhan JMB melalui Akta 318 dan 663. Selain daripada itu juga beliau menyatakan bahawa penduduk juga harus bertanggungjawab dalam penyelenggaraan harta bersama disamping melunaskan segala bayaran yuran penyelenggaraan bagi mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.

Wakil daripada Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran Klang menyatakan bahawa kelulusan CF atau Sijil Layak Menduduki Bangunan tidak dapat diluluskan adalah kerana pihak pemaju tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

En Zamri b. Omar selaku Technical Advisor dari S.A.P. Urus Harta menerangkan peranan S.A.P. Urus Harta untuk membantu skim-skim strata jenis kos rendah dan sederhana dan juga beliau menerangkan secara teknikal mengenai ciri-ciri keselamatan lif yang perlu ada.

Sebelum majlis bersurai pada jam 12.00 tgh, YB Dr Hj Abd Rani b. Osman selaku pengerusi di mesyuarat tersebut memberi ulasan bahawa penduduk perlu bekerjasama dengan pemaju untuk menyelesaikan masalah yang berikut. Beliau juga berpendapat bahawa pentingnya penubuhan JMB oleh penduduk disitu bagi menguruskan hal penyelenggaraan. Selain daripada itu YB akan cuba meminta bantuan atau pandangan dari Kerajaan Negeri sekiranya ada peruntukkan bantuan dalam hal begini.

MENGHADIRI JEMPUTAN MESYUARAT JAWATANKUASA MC PRIMA BAYU APARTMENT KALI YANG PERTAMA

by Klang Cob on Thursday, July 21, 2011 at 4:12pm
Pemerhatian telah dilakukan diantara jam 9.00 mlm hingga jam 10.00 mlm.Perjalanan mesyuarat antara Jawatankuasa MC Vista Bayu Apartment bersama wakil pemaju berjalan dengan lancar. Perbincangan tersebut adalah untuk membincangkan proses penyerahan tanggungjawab sepenuhnya penyelenggaraan bangunan dan penyerahan status kewangan yang dipegang oleh pemaju.


LAWAT PERIKSA UNTUK PEMERIKSAAN KEBERKESANAN PAIP AIR YANG DIPASANG DI RUMAH KEDAI TAIPAN PULAU INDAH

by Klang Cob on Thursday, July 21, 2011 at 4:54pm
Lokasi : Rumah Kedai Taipan, Pulau Indah, Pel Klang.

Aduan/Perkara : Pemantauan kerja-kerja pemasangan paip air
.
Tarikh : 19 Julai 2011

Masa  : 10.00 pg
Ringkasan Laporan :-

Lawat periksa telah dibuat untuk melihat kerja-kerja pemasangan paip air di bangunan tersebut. Hasil pemerhatian tersebut didapati kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar seperti dijadualkan. Selain daripada 2 orang kakitangan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan turut serta dalam pemantauan tersebut adalah dari 2 orang Teknikal Jabatan Kejuruteraan, Kontraktor yang dilantik En. Mustapa dari puncak Dinamik Enterprise dan 1 orang Teknikal dari Syabas. Tujuan pemantauan dilakukan pada tarikh tersebut adalah untuk menguji tekanan air dan juga memeriksa kondisi ketahanan saluran paip air yang dipasang pada bangunan tersebut. Setelah dijalankan ujian tersebut pihak teknikal dari Syabas dan majlis Perbandaran klang berpuas hati dengan ujian tersebut dimana bacaan tekanan pada mesin menjangkau kepada 5 bar bersamaan 58 psi dan menurut kontraktor terbabit tekanan tersebut boleh di tambah menjadi 10 bar bersamaan 116 psi. Teknikal dari Syabas dan Majlis Perbandaran Klang berpuas hati dan juga meminta pihak kontraktor mengemaskini pemasangan paip air secara terperinci. Kesimpulan dari pemerhatian pihak Pesuruhjaya Bangunan mendapati proses pemasangan saluran paip air pada bangunan tersebut berjalan dengan amat baik dan akan memantau kembali premis berkenaan dari masa ke semasa.