by Klang Cob on Wednesday, July 6, 2011 at 10:13am
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesy. Pejabat Dun Meru, Klang
Kehadiran :-
a) Y.B. Dr Hj Abd Rani B. Osman Ahli DUN Selangor- Pengerusi
b) 4 Orang wakil Pusat khidmat Masyarakat DUN Meru
c) En. Ari b. Hj Adam Pengarah Pesuruh jaya Bangunan M.P.Klang
d) En. Mohamad Azmir Ajelan Pemb. Tadbir Jabatan Pesuruhjaya bangunan
e) 1 Orang Wakil daripada Jab Bangunan M.P.Klang
f) 1 Orang Wakil daripada Jab Kejuruteraan M.P.Klang
g) 1 Orang Wakil darpada Jab Perancang bandar M.P.Klang
h) En Zamri dan 1 orang kakitangan wakil daripada S.A.P. Urus Harta
i) 4 Orang wakil daripada P/Puri Impian Meru
Mesyuarat tersebut diadakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk P/Puri Impian Meru. Pengerusi majlis meminta wakil dari pemaju iaitu En K.L.ooi selaku General Manager dari Sykt Wawa Setia S/B memberi penjelasan mengenai masalah tersebut. Antara masalah yang diadukan oleh penduduk di premis itu adalah seperti berikut :-
- Masalah Infrastruktur - Pemaju tidak menyiapkan jalan dengan sempurna
- Lif Sering Rosak sekiranya berlaku hujan petir – dakwa bahawa pemaju tidak melengkapkan lif tersebut dengan pendawaian bumi
- Tangki utama yang membekalkan air kepada penduduk telah senget
- Pam air kerap mengalami kerosakan
- Paip penyambung dari pam ke tangki air telah rosak
- CF atau Sijil Layak Menduduki Bangunan tiada.
- Sistem Auto Loji Kumbahan telah rosak.
- Bangunan dibahagian longkang retak
Butiran Penerangan dan tindakan yang akan diambil oleh Pemaju aadalah seperti berikut :-
Bil
Jenis Aduan / Tindakan
1. Jalan di dalam kawasan premis tidak sempurna - Pemaju akan membaiki
2. Lif kerap rosak disebabkan tiada wayar bumi jika berlakunya hujan petir -Pemaju akan siasat dan mencari jalan untuk dibaiki
3. Tangki dan saliran paip air yang rosak - Pemaju akan membaiki
4.Sistem Auto Loji Kumbahan rosak - Pemaju akan membaiki
5.Urusan ketiadaan Sijil Layak Menduduki Bagunan atau CF - Pemaju akan selesaikan dalam masa terdekat.
6.Bangunan Retak - Pemaju akan membaiki
Pengerusi juga meminta pandangan dari pihak Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang mengenai cara untuk mengatasi masalah tersebut dan En. Ari Adam selaku Pengarah Jabatan Pesuruhjaya bangunan telah menerangkan tentang kepentingan penubuhan JMB melalui Akta 318 dan 663. Selain daripada itu juga beliau menyatakan bahawa penduduk juga harus bertanggungjawab dalam penyelenggaraan harta bersama disamping melunaskan segala bayaran yuran penyelenggaraan bagi mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.
Wakil daripada Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran Klang menyatakan bahawa kelulusan CF atau Sijil Layak Menduduki Bangunan tidak dapat diluluskan adalah kerana pihak pemaju tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
En Zamri b. Omar selaku Technical Advisor dari S.A.P. Urus Harta menerangkan peranan S.A.P. Urus Harta untuk membantu skim-skim strata jenis kos rendah dan sederhana dan juga beliau menerangkan secara teknikal mengenai ciri-ciri keselamatan lif yang perlu ada.
Sebelum majlis bersurai pada jam 12.00 tgh, YB Dr Hj Abd Rani b. Osman selaku pengerusi di mesyuarat tersebut memberi ulasan bahawa penduduk perlu bekerjasama dengan pemaju untuk menyelesaikan masalah yang berikut. Beliau juga berpendapat bahawa pentingnya penubuhan JMB oleh penduduk disitu bagi menguruskan hal penyelenggaraan. Selain daripada itu YB akan cuba meminta bantuan atau pandangan dari Kerajaan Negeri sekiranya ada peruntukkan bantuan dalam hal begini.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.