LAWATAN TAPAK PADA 10 MEI 2011 DI APARTMENT SAMUDERA 2 JLN BEREMBANG PEL KLANG
by Klang Cob on Friday, May 20, 2011 at 5:03pm
Lawatan tapak telah dibuat pada 10/05/2011 berdasarkan aduan daripada salah seorang penghuni Apartment Samudera 2 berkenaan saluran longkang tersumbat.
Hasil daripada lawatan tersebut pihak Pesuruhjaya Bangunan telah mendapati bahawa memang terdapat saluran longkang tersumbat di laluan koridor didalam bangunan tersebut. Punca saluran longkang itu tersumbat adalah disebabkan oleh tindakan penghuni sendiri dimana mereka telah membuat pintasan saluran paip buangan terus kedalam longkang tersebut dan juga ada segelintir penghuni di Apartment tersebut yang membuang sampah di kawasan itu dan menyebabkan keadaan dikawasan itu semakin teruk.Selain daripada itu, pihak Pesuruhjaya Bangunan juga mendapati longkang utama di luar Apartment itu juga terdapat sampah yang boleh menyebabkan longkang tersumbat. Bilik yang menempatkan meter elektrik di Apartment itu juga didapati tidak berada didalam keadaan yang baik dimana pintu di bilik itu telah pecah dan boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak dan penghuni disitu. Bersama-sama ini disertakan gambar untuk rujukan.

No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.