08/11/2011

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI GOLDEN VILLA, KG.JAWA


by Klang Cob on Tuesday, November 8, 2011 at 3:11pm
Aduan : Kebocoran pada dinding dan siling unit pangsapuri.


Lokasi Aduan : Unit H-11-05, Pangsapuri Golden Villa, Kg. Jawa


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 20/09/2011 @ 12.10 p.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan dan pemerhatian pihak kami mendapati berlakunya lelehan pada dinding dan siling rumah pengadu yang berpunca dari lantai unit H-12-05. Pihak kami dimaklumkan, pihak pengadu telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak JMB dan pihak Pengurusan Bangunan, tetapi tiada tindakan susulan yang di ambil oleh kedua-dua pihak yang terlibat. Pengadu juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada unit H-12-05, tetapi tidak diendahkan oleh pemilik H-12-05. Unit H-12-05 telah menyewakan unit beliau kepada sebuah syarikat dan unit tersebut di huni oleh 11 warga asing walaupun hanya 6 orang penghuni yang dibenarkan. Pihak COB akan menghantar surat kepada pihak Chong Hin Development Sdn Bhd selaku pemaju bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.


Lampiran : Disertakan gambar lawat periksa.


Status Aduan : Selesai







No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.