by Klang Cob on Monday, July 4, 2011 at 3:19pm
a) Ahli Parlimen Y.B. Charles Santiago
b) Ahli Majlis M.P.Klang En. Yew Boon Lye
c) En. Ari b. Adam dan Kakitangan Pesuruhjaya bangunan
d) Wakil dari SAP Urus Harta En Zamri
e) Wakil dari Botanic Properties Services En. Christopher
Hasil daripada lawatan tersebut pihak kami telah mendapati bahawa memang terdapat kebocoran didalam unit kediaman mereka terutamanya di tingkat 3 dan 4 Blok G. Kebocoran tersebut adalah disebabkan laluan air dalam lantai bangunan ’internal floor leakage’. Selain daripada itu juga, penduduk disitu mendakwa bahawa kerja-kerja penyelenggaraan juga tidak dilakukan dengan sempurna oleh pihak pemaju. Lanjutan daripada lawatan tersebut Y.B. Charles Santiago telah berbincang dengan pihak pemaju untuk mengetahui gambaran sebenar permasalahan tersebut selain mendapatkan nasihat dari segi perundangan dan teknikal dari En Ari b. Adam Pengarah Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang. Hasil dari perbincangan dengan wakil pemaju iaitu Botanic Properties Services, pihak kami difahamkan bahawa ’Detect Liability Period’ telah luput dan penduduk disitu telah mendiami premis mereka lebih dari 6 tahun dimana segala kerosakan yang berlaku didalam unit mereka sendiri adalah tanggungjawab pemilik unit tersebut. Pengarah Pesuruhjaya bangunan En. Ari b. Adam akan mendapatkan maklumbalas dari Pengurusan Botanic Properties Services yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan di premis tersebut mengenai tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut disamping akan memantau dari masa ke semasa untuk kebaikan bersama penduduk dan pihak pihak yang bertanggungjawab.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.