20/09/2011

Mesyuarat klang villa pada 29/07/2011 jam 3 ptg

by Klang Cob on Monday, August 1, 2011 at 12:43pm

Mesyuarat di pengerusikan oleh tuan Hj Ismail. Pengerusi memohon maklum balas daripada pihak JMB berhubung aduan2 yg diterima.

Setiausaha JMB memaklumkn pengadu mempunyai tunggakan caj penyenggaraan sebanyak RM17 ribu.
1. lif yg selalu rosak
- setiap blok ada 2 lif cuma ada blok yg salah satu lif yg berfungsi

2. pengurus berlepas tgn atas perkara keselamatan/pengawal keselamatan
JMB memaklumkan bahawa mereka sedang dlm proses penukaran syarikat keselamatan. mereka tgh melakukan sebut harga

3. kolam renang yang tidak disediakan
JMB memaklumkan kolam renang tersebut pernah dibuka tetapi disalah guna oleh pemilik. ada yg membawa masuk basikal, membasuh pakaian dan tidak memakai pakaian yg sesuai. JMB ada menyediakan gambar

4. Caj bulanan yg tinggi
tiada kenaikkan caj bulanan daripada pengambilalihan JMB RM87.00 sebulan

5. Lipas dan nyamuk yg banyak
pihak JMB telah memanggil syarikat pest control utk melakukan kerja-kerja tersebut

6.Air yg selalu putus/ caj air berkelompok yg tinggi.
tiada gangguan bekalan air kecuali pihak JMB melakukan pemotongan bekalan air sekiranya penduduk gagal membayar caj penyenggaraan. caj air adalah mengikut kadar yg dikeluarkan oleh pihak SYABAS RM1.38 sen dan pihak JMB memaklumkan susah utk mendapat kerjasama penduduk utk migrasi air. sehubungan dengan itu, pihak COB mencadangkan kpd JMB agar pihak SYABAS dipanggil utk memberikan taklimat berhubung migrasi meter air di klang villa.

7.Pengurus Bangunan yang sombong dan angkuh.
pengurus tersebut juga memakluman dia juga telah dikasari dan kenderaannya telah dirosakan. laporan polis turut dibuat

8.Tiada program kemasyarakatan
diluar bidang tugas JMB

9.Pengerusi JMB tidak bermastautin di klang villa dan tidak berpelajaran
pengerusi mengakui beliau tidak duduk di klang villa tetapi kerap dtg ke office klang villa untuk pemantau dan sentiasa menerima laporan daripada pengurus yg dilantik

10.Persekitaran tmpt yg kotor
JMB melantik kntraktor pembersihan. kutipan setiap hari termasuk sabtu dan ahad. sehari sekali terdapat 8 org pekerja.

11.Usaha mendapatkan strata title
diluar bidang kuasa JMB. tuan tanah adalah MPK

Perkara-perkara lain:

1. Audited accounts
accounts sedang diaudit oleh auditor daripada pemaju highland view kerana JMB tidak mempunyai peruntukan

2. Laporan pematauan
Pihak JMB akan menghantar laporan pematauan dalam masa 2 minggu lg utk suku tahun pertama dan kedua.

3. Peratus kutipan
45-50% bayaran. rumah majlis sebanyak 18 unit mempunyai tunggakan 7 bulan

2 comments:

  1. "Pengurus hindu" lebih manis dan sopan jika disebut pengurus berbangsa india. Jika disertakan dengan nama pengurus tanpa menggunakan bangsa dan agama lebih menunjukkan taraf pekefahaman dan pendidikan.Sebelum diisikan dalam blog ini COB perlu memainkan peranan untuk mengibas semula dan melakukan pembetulan ataupun menapiskan sebarang maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih diatas teguran pihak tuan. Pihak COB telah memperbaikinya dan COB memohon maaf diatas kesilapan tersebut.

      Delete

Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.