by Klang Cob on Friday, July 22, 2011 at 3:49pm
2. Tempat letak motorsikal digunakan untuk meletak kereta
3. Cadangan untuk menambah unit petak letak kereta
Tarikh : 20 Julai 2011
Masa : 9.00 mlm
Ringkasan Laporan :-
Lawat periksa telah dibuat dan didapati beberapa unit rumah yang menebuk dinding belakang untuk menyalurkan air sisa buangan dapur kedalam longkang. Menurut pengadu iaitu Pn Rosnee Talib selaku Setiausaha JMB Blok D, keadaan itu telah mengakibatkan longkang tersumbat dan berbau busuk dan ini amat merunsingkan sebahagian penduduk di Blok D, malah perkara sedemikian bukan sahaja terdapat di Blok D tapi juga Di Blok-blok lain di kawasan premis tersebut. Tambah beliau lagi, teguran dan surat amaran telah dikeluarkan terutamanya pemilik unit D-1-10 telah dikeluarkan malangnya tidak dihiraukan dan beliau meminta pihak Jabatan Pesuruhjaya Bangunan membantu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Selain itu beliau turut mengadu bahawa terdapat penghuni yang tidak bertanggungjawab menggunakan tempat letak motosikal untuk meletakkan kereta, ini menyebabkan penghuni yang memiliki motorsikal meletakkan motorsikal milik mereka di tempat yang tidak sepatutnya. Beliau juga meminta pandangan atau nasihat dari wakil Pesuruhjaya Bangunan mengenai cadangan penduduk disitu untuk menambah unit petak letak kereta atau mengubah kedudukan petak letak kereta samada boleh dilakukan terus atau perlu meminta kebenaran dari pihak M.P.Klang. Secara keseluruhannya segala aduan yang telah dibuat akan diambil tindakan lanjutan dari pihak Pesuruhjaya Bangunan dan akan menyalurkan terus aduan dan laporan mengenai gambaran sebenar masalah penduduk di premis berkenaan kepada jabatan yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.