Aduan : Penambahan dan pengubahsuaian di laluan
koridor pangsapuri.
Lokasi Aduan : Unit G-1-14, G-1-15 dan G-1-16, Pangsapuri
Rebana, Bandar Bukit Raja, Klang
Tarikh / Masa Lawat Periksa
: 8/10/2012 @ 11.00 a.m
Ringkasan Laporan :
Lawat periksa telah dilakukan di lokasi seperti yang dinyatakan berdasarkan
maklumat yang diterima, pihak kami mendapati aduan tersebut adalah benar.
Terdapat penambahan struktur dan halangan di hadapan unit G-1-14 dengan membina
tempat istirehat dan kolam ikan kecil di laluan koridor. Pemerhatian pihak kami
juga, unit G-1-16 telah membina garaj kereta berhadapan unit rumah dan
penambahan gril di laluan koridor. Unit
G-1-15 juga telah membuat halangan dengan memasang gril dan penambahan lantai
mozek dihadapan rumah.