Aduan : Pembinaan kuil haram di kawasan lapang.
Lokasi Aduan : Jalan Sama Gagah 16 & Jalan Sama
Gagah 22, Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang.
Tarikh / Masa Lawat Periksa
: 10/10/2012 @ 03.20 p.m
Ringkasan Laporan :
Satu lawat periksa telah dilakukan di lokasi seperti yang dinyatakan berdasarkan
maklumat yang diterima, pihak kami mendapati aduan tersebut adalah benar. Didapati
terdapat dua struktur binaan berupa kuil dan tokong yang dibina di kawasan
tanah lapang bersebelahan tangki simpanan air SYABAS. Pihak kami mengesyaki
binaan tersebut tidak mendapat kelulusan pihak majlis dan pihak berkuasa yang
terlibat.