Aduan : Aduan berkenaan penyelenggaraan rumah sampah.
Lokasi Aduan : Apartment Klang Jaya, Lorong Selampit 18A, Taman
Klang Jaya.
Tarikh / Masa Lawat Periksa : 12/07/2012 @ 12.40 p.m
Ringkasan Laporan :
Lawat periksa telah dilakukan di lokasi aduan dan pemerhatian pihak kami
mendapati struktur rumah sampah yang telah dirobohkan dan berkemungkinan akan
dibina semula oleh pihak yang bertanggungjawab. Tong sampah juga dikongsi
bersama dengan pemilik unit-unit kedai di kawasan sekitar dan menyebabkan tong
sampah sentiasa penuh. Pihak kami mencadangkan agar pihak pemaju ataupun pihak
Majlis membina sebuah lagi rumah sampah khusus untuk penghuni apartment bagi
tidak menjadi pertikaian penduduk di situ.