Aduan : Salahguna bangunan.
Lokasi Aduan : Tingkat 1, unit no.3, Blok D, Flat Tmn Sri Berembang
Tarikh / Masa Lawat Periksa
: 10/10/2012 @ 03.30 p.m
Ringkasan Laporan :
Lawat periksa telah dilakukan di lokasi seperti yang dinyatakan berdasarkan
maklumat yang diterima, pihak kami mendapati aduan tersebut adalah benar.
Pemerhatian pihak kami, unit yang disebutkan telah menjalankan aktiviti
perniagaan di dalam kawasan flat dan telah menyalahgunakan unit kediaman untuk
dijadikan sebagai tempat untuk berniaga.Pengadu telah beberapa kali membuat
aduan kepada pihak Majlis, tetapi tiada tindakan yang sewajarnya diambil oleh
pihak Majlis. Pengadu juga memberitahu, aktiviti perniagaan beroperasi setiap
hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam dan menyebabkan kacau ganggu
kepada jiran yang tinggal berdekatan unit tersebut.