28/03/2011

JMB Impian Sentosa Atasi Masalah Keselamatan Penduduk.

KLANG, 19 Julai - Sudah sekian lama rintihan penduduk berlarutan berhubung masalah keselamatan, kebersihan dan kemudahan awam di persekitaran Pangsapuri Impian Sentosa yang sedikit banyak sudah menjejaskan ketenteraman hidup mereka sejak akhir-akhir ini.

Keadaan bertambah serius apabila kes kehilangan kenderaan menjadi-jadi, sesetengahnya pula menjadi mangsa vandalisme seperti kejadian pecah kereta, kehilangan aksesori kereta dan motosikal.

Sehubungan itu, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Impian Sentosa mengambil inisiatif dengan membina pagar dan menyediakan pas keselamatan bagi menangani penularan jenayah tersebut.

Walaupun baru dua bulan syarikat JMB ini ditubuhkan, namun melalui kerjasama baik dengan pihak polis, Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan kerajaan negeri, masalah penduduk setempat dijangka dapat diatasi dengan lebih berkesan.

“Dengan itu dalam dua bulan ini saya diberitahu dalam pangsapuri ini walaupun saya telah datang di sini 6 bulan sebelum, tidak ada pagar di seluruh kawasan, dan saya diberitahu orang-orang luar gunakan swimming pool yang ada di sini kolam air renang, pencurian motosikal banyak dan sebagainya, tetapi dalam dua bulan dengan pembentukan jawatankuasa JMB ini saya nampak sudah mula perubahan yang baru dengan pembinaan pagar yang saya nampak sudah dimulakan”, kata Xavier.

Berucap merasmikan pembinaan pagar dan sistem pas keselamatan Pangsapuri Impian Sentosa di Taman Sentosa Klang pagi tadi, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memberitahu dengan pembinaan pagar ini juga keselamatan anak-anak mereka turut terjamin.

“Saya nampak ramai anak-anak kita yang bermain ini, untuk keselamatan anak-anak kita, pendirian pagar ini dengan saya ingat lepas pendirian pagar, penguatkuasa security yang ada di luar lebih ketat dan kita boleh hantar anak-anak kita bermain dengan tidak ada apa-apa fikiran lain akan jadi kepada mereka”, jelas Xavier lagi.

Menurut Xavier lagi, sehingga kini nilai hartanah di sekitar Taman Sentosa semakin terjejas teruk sehingga banyak unit-unit perumahan terbengkalai, sesetangahnya pula dilelong pada harga yang rendah berikutan banjir yang kerap berlaku di sini.


Justeru, Kerajaan Negeri Selangor bercadang membangunkan semula Taman Sentosa bagi memulihkan nilai hartanahnya melalui pembinaan tiga kolam takungan banjir bawah tanah.

Ia bertujuan untuk mengatasi masalah banjir yang sudah sekian lama menghantui penduduk setempat apabila musim hujan.

“Sebelum tahun ini kena buat sesuatu, untuk atasi masalah banjir di dalam Taman Sentosa sekarang dengan kerjasama JPS kita dalam rancangan untuk membina kolam di bawah tanah, 3 kolam di Sentosa sekarang dia punya pelan semua akan sudah siap sedia sebelum tahun ini saya harap kita boleh lancarkan program ini untuk tidak ada banjir langsung di Sentosa lepas kolam-kolam ini dibinakan di dalam Taman Sentosa”, kata Xavier mengumumkan berita baik kepada penduduk Taman Sentosa bagi menambahbaik sistem pencegahan banjir.

Dalam pada itu, usaha murni JMB ini turut mendapat sokongan dan sambutan baik penduduk setempat yang rata-ratanya berharap kualiti hidup mereka selepas ini bertambah baik setelah pagar dan penguatkuasaan keselamatan dilaksanakan kelak.

“Tapi nampak management ni kemajuan tindakan-tindakan yang mereka ambil tu memang puas hati la, sebelum ni motor saya jaga sebelah guard house pun kena saya punya motor kena curi barang-barang motor tu”, kata Chandirasegarana penduduk yang ditemui pada majlis itu.

“Kita sebagai penduduk akan mula sedar bahawa pentingnya bayar maintenance untuk kemudahan dan keselamatan penduduk di apartment ni. Saya rasa sedikit sebanyak memang akan ada lebih selamat lah sebab saya sendiri pernah berlaku kecurian tayar motor dan tayar kereta, jadi bila access card ni, maknanya keadaan security kawalan akan bertambah lagi mudah, dia senang menyekat mana-mana penduduk yang bukan warga apartment di sini. Saya harapan kualiti kawalan keselamatan dan keselamatan untuk anak-anak kita, dari segi kemudahan awam mestilah dijaga dengan sebaik-baiknya”, kata Zulfahmi Zainudin, Penduduk Pangsapuri Impian Sentosa di Klang pagi tadi.

“JMB dapat bagi kepuasan kepada penduduk macam kata keselamatan,  kawalan yang sepenuhnya. Sebab sebelum ni pun memang teruk kawasan ni, kalau tanya Taman Sentosa memang orang takut lah. Jadi saya harap sangat bila dah ada dari segi pengumuman, jadi kita boleh buat perbincangan dengan JMB untuk dapatkan penerangan-penerangan seperti maintenance penduduk di sini dan aktiviti yang ada. Saya harap dapatlah bila pentadbiran baru kat sini saya harap dapatlah dia maknanya nama black area tu dapat jadi aman damai la, bermakna orang kenal Taman Sentosa ni akan datang ada lagi lebih baik la, tidak seperti yang sebelum ni la, dengan jenayah la, macam-macam kita dengar, kita pun tahu, saya rasa dah dua kali kereta kena buka motor hilang semua la”, kata seorang penduduk.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.