Lokasi : Apartment Bayu Villa
Aduan : Penyelenggaraan kurang memuaskan
Tarikh : 20.11.2013
Masa : 10.00am
Ringkasan Laporan :-
Satu lawat periksa telah dibuat di Apartment
Bayu Villa berhubung aduan pihak pengurusan tidak membuat penyelenggaraan
bangunan dengan baik. Antara masalah
yang dapat dikenalpasti semasa lawat periksa yang dibuat :-
1. Kolam renang berada dalam keadaan bahaya
kepada pengguna dan pihak pengurusan tidak menutup kolam tersebut untuk
sementara waktu.
2. Sistem
bomba yang tidak berfungsi.
3. Rumput tidak di potong.
4. Pengurusan sampah yang tidak terurus dan
menyebabkan terdapat pembiakan nyamuk aedes.
5. Terdapat
longkang saluran utama najis tersumbat di belakang unit A-G-18 dan tiada pembaikan
yang dibuat.
Mesin pum untuk kolam kedua tidak berfungsi. Menurut pengadu terdapat
dua unit mesin pum di setiap kolam tetapi di kolam kedua hanya tinggal sebuah
mesin pum sahaja dan mesin pum yang ada tersebut tidak berfungsi. Perkara
tersebut menyebabkan air tidak boleh di pum masuk ke dalam kolam tersebut.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.