15/12/2013

ADUAN KEBOCORAN DI DALAM UNIT DI PANGSAPURI IMPIAN SENTOSA



Lokasi  : Pangsapuri Impian Sentosa
Aduan  : Kebocoran Dalam Unit A-1-11
Tarikh  : 9.10.2013

Masa    : 10.00am

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Impian Sentosa, berhubung aduan kebocoran dalam unit A-1-11 disebabkan unit atas A-2-11. Menurut pengadu masalah tersebut sudah lama di hadapi oleh beliau sehingga sekarang masih belum selesai. Beliau sudah berbincang dengan pemilik unit atas untuk membaiki kerosakan tersebut tetapi pemilik atas tidak memberi kerjasama seperti yang dikehendaki oleh pemilik unit A-1-11. Perjumpaan dengan pemilik unit A-2-11 juga telah dibuat bagi menyelesaikan masalah tersebut. Pemilik unit A-2-11 yang berkerja pebagai operator kilang dan seorang ibu tunggal jarang berada di rumah atas urusan kerja yang menyebabkan beliau tiada masa untuk bertemu dengan pengadu bagi menyelesaikan masalah tersebut.







No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.