Lokasi : Pangsapuri Taipan, Bandar Amandar Putra Pulau
Indah
Aduan : Penyambungan Bekalan Air Di Antara Blok
A Dan B
Tarikh : 07.10.2013
Masa : 10.00 pg
Ringkasan Laporan :-
Satu lawat periksa telah dijalankan di Pangsapuri Taipan Bandar Amandar
Putra, Pulau Indah berhubung aduan penyambungan bekalan air di antara blok A
dan B. Lawat periksa yang dibuat mendapati aduan tersebut adalah benar di mana
terdapat penyambungan paip air di antara blok A dan B. Hasil lawat periksa juga
mendapati ada segelintir penduduk yang menggunakan air tanpa memasang meter
air. Selain itu terdapat juga penduduk yang tidak bertanggungjawab menggunakan
air daripada paip pili bomba menyebabkan air melimpah dan berlaku pembaziran.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.