16/12/2013

ADUAN PENYENGGARAAN KAWASAN KEDIAMAN YANG TIDAK MEMUASKAN DI PANGSAPURI PALMA, BANDAR BOTANIC

Lokasi  : Pangsapuri Palma, Bandar Botanik
Aduan  :        1. Paip saluran kumbahan bawah tanah pecah
                2. Pokok
                3. Jalan pecah
                4. Kenderaan berat
                5. Tong sampah
                6. Pengubahsuaian strutur bangunan.
Tarikh  : 28.11.2013

Masa    : 3.00pm

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dijalankan di Pangsapuri Palma bagi mengenal pasti masalah yang telah diadukan kepada pihak kami. Hasil lawat periksa yang dijalankan mendapati terdapat beberapa masalah antaranya :-
1.      Terdapat paip saluran kumbahan bawah tanah pecah dan telah menyebabkan aliran air kumbahan ke saluaran utama Indah Water Konsortium (IWK) telah tersumbat. Menurut Ejen Pengurusan Pangsapuri Palma, punca paip saluran kumbahan bawah tanah pecah adalah disebabkan terdapat pemendapan tanah yang terjadi mengakibatkan paip tersebut pecah.
2.      Pokok condong di kawasan tempat letak kereta dan boleh mendatangkan bahaya kepada penguna tempat letak kereta tersebut. Penduduk di situ telah membuat inisentif sendiri dengan menongkat pokok condong tersebut daripada tumbang.
3.      Terdapat jalan pecah dan berlubang. Menurut pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) jalan yang rosak tersebut telah lama tidak dibaiki dan pihak JMB bimbang sekiranya berlaku kejadiaan yang tidak diingini disebabkan kerosakan jalan tersebut terutama kepada penguna kenderaan motosikal.
4.      Lawat periksa yang dibuat juga mendapati terdapat kenderaan berat seperti lori kontena, lori jengkaut dan lori 3 tan telah meletakkan kederaan di kawasan pangsapuri. Pihak JMB telah banyak kali menasihati dan memberi amaran kepada pemilik kenderaan berat tersebut agar tidak meletakkan kederaan mereka di dalam pangsapuri tetapi pemilik kenderaan tersebut tidak hirau dengan amaran tersebut.
5.      Pihak JMB memberitahu bahawa mereka kekurangan tong sampah dan menyebabkan sampah yang berlebihan bertaburan. Pihak JMB memohon agar tong sampah dapat ditambah dengan segera kerana sampah yang berlebihan tersebut telah dibawa oleh anjing liar di merata tempat dan telah mengotorkan kawasan jagaan pihak JMB.

Terdapat pengubahsuaian bangunan yang dibuat oleh penduduk dengan menebuk lubang pada dinding bangunan. Penduduk telah menebuk dinding bangunan bagi membuat ‘by pass’ pada paip saluran sinki terus kepada longkang saluran air hujan. Perkara tersebut telah menyebabkan longkang saluran air hujan telah tersumbat dan apabila hujan air naik ke permukaan.
















1 comment:

Sila beri komen yang berunsur positif dan membina.