20/09/2011

LAPORAN LAWAT PERIKSA DI PANGSAPURI PALMA BANDAR BOTANIK :-

by Klang Cob on Monday, July 4, 2011 at 3:19pm
 
Lawatan tapak telah dibuat pada 01/06/2011 jam 10.00 pagi, mengenai aduan oleh penduduk di Pangsapuri Palma Bandar Botanik berkenaan kebocoran di unit kediaman mereka. Antara yang hadir dalam lawatan tersebut seperti berikut :-

a)    Ahli Parlimen Y.B. Charles Santiago
b)    Ahli Majlis M.P.Klang En. Yew Boon Lye
c)    En. Ari b. Adam dan Kakitangan Pesuruhjaya bangunan
d)    Wakil dari SAP Urus Harta En Zamri
e)    Wakil dari Botanic Properties Services En. Christopher


Hasil daripada lawatan tersebut pihak kami telah mendapati bahawa memang terdapat kebocoran didalam unit kediaman mereka terutamanya di tingkat 3 dan 4 Blok G. Kebocoran tersebut adalah disebabkan laluan air dalam lantai bangunan ’internal floor leakage’. Selain daripada itu juga, penduduk disitu mendakwa bahawa kerja-kerja penyelenggaraan juga tidak dilakukan dengan sempurna oleh pihak pemaju. Lanjutan daripada lawatan tersebut Y.B. Charles Santiago telah berbincang dengan pihak pemaju untuk mengetahui gambaran sebenar permasalahan tersebut selain mendapatkan nasihat dari segi perundangan dan teknikal dari En Ari b. Adam Pengarah Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang. Hasil dari perbincangan dengan wakil pemaju iaitu Botanic Properties Services, pihak kami difahamkan bahawa ’Detect Liability Period’ telah luput dan penduduk disitu telah mendiami premis mereka lebih dari 6 tahun dimana segala kerosakan yang berlaku didalam unit mereka sendiri adalah tanggungjawab pemilik unit tersebut. Pengarah Pesuruhjaya bangunan En. Ari b. Adam akan mendapatkan maklumbalas dari Pengurusan Botanic Properties Services yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan di premis tersebut mengenai tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan masalah tersebut disamping akan memantau dari masa ke semasa untuk kebaikan bersama penduduk dan pihak pihak yang bertanggungjawab.








LAPORAN LAWAT PERIKSA PANGSAPURI PENDAMAR 7B PEL KLANG :-

by Klang Cob on Monday, July 4, 2011 at 4:36pm
Lawatan tapak telah dibuat pada 21/06/2011 jam 10.00 pagi, mengenai aduan oleh penduduk di Pangsapuri Pendamar 7B berkenaan keadaan sekitar dan tahap penyelenggaraan yang tidak memuaskan. Antara yang hadir dalam lawatan tersebut adalah seperti berikut  :-

a)    Wakil dari S.A.P. Urus Harta En Zamri dan Kakitangan S.A.P. Urus Harta
b)    En Ari b. Hj Adam dan kakitangan Jab Pesuruhjaya bangunan M.P.Klang
c)    Wakil dari YB. Adun kawasan Pel Klang

Hasil daripada lawatan tersebut pihak kami telah mendapati bahawa keadaan di premis tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik dimana kesemua lif yang disediakan rosak dan penyelenggaraan bangunan juga tidak diurus dengan sempurna seperti tangki air utama yang ditempatkan di bawah bangunan bocordan mesin pam air 1 daripada 2 pam air yang disediakan tidak berfungsi. Selain daripada itu juga didapati tunggakan bil elektrik dan air yang tidak dibayar meningkat dan telah diberi notis oleh TNB untuk memotong bekalan elektrik di kawasan premis tersebut. Setelah diminta penjelasan dari Pengerusi JMB Pendamar 7B, beliau menyatakan bahawa tunggakan tersebut tidak dapat dibayar oleh kerana kebanyakan penduduk di premis tersebut enggan membayar yuran penyelenggaraan. Untuk penyelesaian sementara bagi mengelakkan pemotongan berlaku, En Ari b. Hj Adam Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan meminta pihak S.A.P. Urus Harta menghubungi dan berbincang terus dengan pihak TNB supaya menangguhkan pemotongan tersebut oleh kerana pihak S.A.P. Urus Harta berjanji untuk membayar tunggakan sebanyak RM 14,778.25 secara ansuran selama 12 bulan dengan ansuran sebanyak RM 2,000.00.

Selain daripada itu, En Zamri selaku Ketua Eksekutif S.A.P. Urus Harta mencadangkan satu Majlis Dialog bersama Pemaju, Jawatankuasa JMB Pangsapuri Pendamar 7B, ADUN Kawasan Pel Klang dan pihak Pesuruhjaya Bangunan M.P.Klang diadakan dan beliau mencadangkan tarikh 24 Julai 2011 untuk Majlis tersebut dan akan memaklumkan kemudian bagi pengesahan tarikh tersebut. Pihak Pesuruhjaya Bangunan mengalu-alukan cadangan tersebut dan juga meminta pihak S.A.P. Urus Harta supaya serius dalam menangani permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Pangsapuri Pendamar 7B. Lawatan tersebut berakhir pada jam 12.30 tgh. Sekian dimaklumkan.






LAPORAN MESYUARAT DUN MERU DAN PENDUDUK P/PURI IMPIAN MERU :-

by Klang Cob on Wednesday, July 6, 2011 at 9:13am
Tarikh             : 29 Jun 2011
Masa               : 9.30 pagi
Tempat           : Bilik Mesy. Pejabat Dun Meru, Klang
Kehadiran       :-

a)    Y.B. Dr Hj Abd Rani B. Osman Ahli DUN Selangor- Pengerusi
b)    4 Orang wakil Pusat khidmat Masyarakat DUN Meru
c)    En. Ari b. Hj Adam Pengarah Pesuruh jaya Bangunan M.P.Klang
d)    En. Mohamad Azmir Ajelan Pemb. Tadbir Jabatan Pesuruhjaya bangunan
e)    1 Orang Wakil daripada Jab Bangunan M.P.Klang
f)     1 Orang Wakil daripada Jab Kejuruteraan M.P.Klang
g)    1 Orang Wakil darpada Jab Perancang bandar M.P.Klang
h)    En Zamri dan 1 orang kakitangan wakil daripada S.A.P. Urus Harta
i)      4 Orang wakil daripada P/Puri Impian Meru

Mesyuarat tersebut diadakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh penduduk-penduduk P/Puri Impian Meru. Pengerusi majlis meminta wakil dari pemaju iaitu En K.L.ooi selaku General Manager dari Sykt Wawa Setia S/B memberi penjelasan mengenai masalah tersebut. Antara masalah yang diadukan oleh penduduk di premis itu adalah seperti berikut :-
 i.        Masalah Infrastruktur - Pemaju tidak menyiapkan jalan dengan sempurna
ii.        Lif Sering Rosak sekiranya berlaku hujan petir – dakwa bahawa pemaju tidak    
iii.        Tangki utama yang membekalkan air kepada penduduk telah senget
iv.        Pam air kerap mengalami kerosakan
 v.        Paip penyambung dari pam ke tangki air telah rosak
vi.        CF atau Sijil Layak Menduduki Bangunan tiada.
vii.        Sistem Auto Loji Kumbahan telah rosak.
viii.        Bangunan dibahagian longkang retak

 Butiran Penerangan dan tindakan yang akan diambil oleh Pemaju aadalah seperti berikut :-

Bil
Jenis Aduan
Tindakan
1. Jalan di dalam kawasan premis tidak sempurna Pemaju akan membaiki
2. Lif kerap rosak disebabkan tiada wayar bumi jika berlakunya hujan petir Pemaju akan siasat dan mencari jalan untuk dibaiki
3.Tangki dan saliran paip air yang rosak Pemaju akan membaiki
4.Sistem Auto Loji Kumbahan rosak Pemaju akan membaiki
5.Urusan ketiadaan Sijil Layak Menduduki Bagunan atau CF Pemaju akan selesaikan dalam masa terdekat.
6.Bangunan Retak Pemaju akan membaiki

Pengerusi juga meminta pandangan dari pihak Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang mengenai cara untuk mengatasi masalah tersebut dan En. Ari Adam selaku Pengarah Jabatan Pesuruhjaya bangunan telah menerangkan tentang kepentingan penubuhan JMB melalui Akta 318 dan 663. Selain daripada itu juga beliau menyatakan bahawa penduduk juga harus bertanggungjawab dalam penyelenggaraan harta bersama disamping melunaskan segala bayaran yuran penyelenggaraan bagi mengelakkan perkara yang lebih teruk berlaku.

Wakil daripada Jabatan Bangunan Majlis Perbandaran Klang menyatakan bahawa kelulusan CF atau Sijil Layak Menduduki Bangunan tidak dapat diluluskan adalah kerana pihak pemaju tidak mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

En Zamri b. Omar selaku Technical Advisor dari S.A.P. Urus Harta menerangkan peranan S.A.P. Urus Harta untuk membantu skim-skim strata jenis kos rendah dan sederhana dan juga beliau menerangkan secara teknikal mengenai ciri-ciri keselamatan lif yang perlu ada.

Sebelum majlis bersurai pada jam 12.00 tgh, YB Dr Hj Abd Rani b. Osman selaku pengerusi di mesyuarat tersebut memberi ulasan bahawa penduduk perlu bekerjasama dengan pemaju untuk menyelesaikan masalah yang berikut. Beliau juga berpendapat bahawa pentingnya penubuhan JMB oleh penduduk disitu bagi menguruskan hal penyelenggaraan. Selain daripada itu YB akan cuba meminta bantuan atau pandangan dari Kerajaan Negeri sekiranya ada peruntukkan bantuan dalam hal begini.

MENGHADIRI JEMPUTAN MESYUARAT JAWATANKUASA MC PRIMA BAYU APARTMENT KALI YANG PERTAMA

by Klang Cob on Thursday, July 21, 2011 at 3:12pm

Pemerhatian telah dilakukan diantara jam 9.00 mlm hingga jam 10.00 mlm.Perjalanan mesyuarat antara Jawatankuasa MC Vista Bayu Apartment bersama wakil pemaju berjalan dengan lancar. Perbincangan tersebut adalah untuk membincangkan proses penyerahan tanggungjawab sepenuhnya penyelenggaraan bangunan dan penyerahan status kewangan yang dipegang oleh pemaju.


LAWAT PERIKSA UNTUK PEMERIKSAAN KEBERKESANAN PAIP AIR YANG DIPASANG DI RUMAH KEDAI TAIPAN PULAU INDAH

by Klang Cob on Thursday, July 21, 2011 at 3:54pm
Lokasi : Rumah Kedai Taipan, Pulau Indah, Pel Klang.

Aduan/Perkara : Pemantauan kerja-kerja pemasangan paip air
.
Tarikh : 19 Julai 2011

Masa  : 10.00 pg
Ringkasan Laporan :-

Lawat periksa telah dibuat untuk melihat kerja-kerja pemasangan paip air di bangunan tersebut. Hasil pemerhatian tersebut didapati kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar seperti dijadualkan. Selain daripada 2 orang kakitangan Jabatan Pesuruhjaya Bangunan turut serta dalam pemantauan tersebut adalah dari 2 orang Teknikal Jabatan Kejuruteraan, Kontraktor yang dilantik En. Mustapa dari puncak Dinamik Enterprise dan 1 orang Teknikal dari Syabas. Tujuan pemantauan dilakukan pada tarikh tersebut adalah untuk menguji tekanan air dan juga memeriksa kondisi ketahanan saluran paip air yang dipasang pada bangunan tersebut. Setelah dijalankan ujian tersebut pihak teknikal dari Syabas dan majlis Perbandaran klang berpuas hati dengan ujian tersebut dimana bacaan tekanan pada mesin menjangkau kepada 5 bar bersamaan 58 psi dan menurut kontraktor terbabit tekanan tersebut boleh di tambah menjadi 10 bar bersamaan 116 psi. Teknikal dari Syabas dan Majlis Perbandaran Klang berpuas hati dan juga meminta pihak kontraktor mengemaskini pemasangan paip air secara terperinci. Kesimpulan dari pemerhatian pihak Pesuruhjaya Bangunan mendapati proses pemasangan saluran paip air pada bangunan tersebut berjalan dengan amat baik dan akan memantau kembali premis berkenaan dari masa ke semasa.


·

Lawat Periksa Di Flat Tmn Kem, Jln Kem Pel Klang

by Klang Cob on Friday, July 22, 2011 at 2:52pm
Aduan : Longgokan Sampah di Koridor Tingkat 1, Blok H Flat Tmn Kem
.
Tarikh : 19 Julai 2011

Masa  : 12.00 tgh
Ringkasan Laporan :-

Lawat periksa telah dibuat dan didapati banyak longgokan sampah yang terdapat di koridor pejalan kaki di tingkat 1 blok H. Situasi tersebut sangat kotor dimana sisa-sisa buangan dapur, sofa yang rosak dan pelbagai sisa buangan yang sewenang wenangnya dibuang oleh penghuni di premis tersebut yang kebanyakannya adalah warga asing. Pihak kami telah menghubungi pengadu iaitu Puan Suzana untuk mendengar dan melihat gambaran sebenar di premis tersebut dan beliau menyatakan bahawa keadaan ini telah berlarutan hampir 3 tahun dan walaupun pernah menegur warga asing tersebut malangnya mereka seperti tidak menghiraukan teguran tersebut. Beliau juga menyatakan anak beliau sekarang ni sering dijangkiti penyakit kulit mungkin diakibatkan dengan suasana kotor yang berlaku di Blok H. Beliau juga menyatakan terdapat kes-kes wabak penyakit yang berbahaya pernah berlaku di Blok berkenaan seperti wabak denggi. Secara keseluruhannya pihak Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang berpendapat bahawa perkara ini perlu ditangani segera oleh pihak-pihak yang berwajib bagi menyelesaikan masalah tersebut daripada berlarutan dan perkara ini akan dilanjutkan kepada Jabatan-jabatan yang berkenaan untuk tindakan lanjut.




LAWAT PERIKSA DI FLAT SRI BAHTERA P.INDAH, PEL KLANG

by Klang Cob on Friday, July 22, 2011 at 3:49pm
Aduan : 1. Ubah suai saliran paip air sinki dan di salirkan kedalam longkang
               2. Tempat letak motorsikal digunakan untuk meletak kereta
               3. Cadangan untuk menambah unit petak letak kereta

Tarikh : 20 Julai 2011

Masa  : 9.00 mlm

Ringkasan Laporan :-

Lawat periksa telah dibuat dan didapati beberapa unit rumah yang menebuk dinding belakang untuk menyalurkan air sisa buangan dapur kedalam longkang. Menurut pengadu iaitu Pn Rosnee Talib selaku Setiausaha JMB Blok D, keadaan itu telah mengakibatkan longkang tersumbat dan berbau busuk dan ini amat merunsingkan sebahagian penduduk di Blok D, malah perkara sedemikian bukan sahaja terdapat di Blok D tapi juga Di Blok-blok lain di kawasan premis tersebut. Tambah beliau lagi, teguran dan surat amaran telah dikeluarkan terutamanya pemilik unit D-1-10 telah dikeluarkan malangnya tidak dihiraukan dan beliau meminta pihak Jabatan Pesuruhjaya Bangunan membantu untuk menyelesaikan perkara tersebut. Selain itu beliau turut mengadu bahawa terdapat penghuni yang tidak bertanggungjawab menggunakan tempat letak motosikal untuk meletakkan kereta, ini menyebabkan penghuni yang memiliki motorsikal meletakkan motorsikal milik mereka di tempat yang tidak sepatutnya. Beliau juga meminta pandangan atau nasihat dari wakil Pesuruhjaya Bangunan mengenai cadangan penduduk disitu untuk menambah unit petak letak kereta atau mengubah kedudukan petak letak kereta samada boleh dilakukan terus atau perlu meminta kebenaran dari pihak M.P.Klang.   Secara keseluruhannya segala aduan yang telah dibuat akan diambil tindakan lanjutan dari pihak Pesuruhjaya Bangunan dan akan menyalurkan terus aduan dan laporan mengenai gambaran sebenar masalah penduduk di premis berkenaan kepada jabatan yang berkenaan.





LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI VISTA BAYU APARTMENT, TAMAN BAYU PERDANA.

by Klang Cob on Thursday, July 28, 2011 at 8:45am
Aduan : Kenderaan lama yang terbiar di lot parkir apartment.


Alamat Aduan : Vista Bayu Apartment, Jalan Batu Unjur 9, Taman Bayu Perdana


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 06/06/2011 @ 11.07 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan di dalam aduan yang diterima oleh pihak Jabatan dan pihak kami mendapati terdapat 8 buah kereta usang yang tidak diketahui pemiliknya diletakkan di kawasan parkir apartment. Pihak COB memaklumkan kepada pihak pengurusan agar membuat surat kepada Jabatan Penguatkuasaan untuk mengalihkan kenderaan tersebut tetapi atas kebenaran dari pihak Pengurusan Bangunan Apartment Vista Bayu.



LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PEJABAT URUSAN SAZEAN DEVELOPMENT, JALAN PANDAMARAN.

by Klang Cob on Thursday, July 28, 2011 at 8:47am
Aduan : Pemantauan berkala.


Alamat Aduan : Pejabat Urusan Sazean Development, Jalan Pandamaran.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 09/06/2011 @ 10.44 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawatan ke pejabat pemaju, Sazean Development bagi mengetahui perkembangan berkenaan projek pembangunan di kawasan Pandamaran yang sedang dibangun oleh pihak Sazean Development. Menurut wakil pemaju, kawasan tersebut masih di dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan tahun 2013. Sebuah pusat bandar baru di kawasan yang paling strategik di tengah-tengah kawasan lembah Klang dan kawasan Klang Selatan. Disasarkan sebagai pusat pentadbiran bersepadu yang pertama dan komersial di Klang Selatan, menyajikan penduduk lebih daripada setengah juta pasaran siap.

Cadangan pembangunan di atas tanah milik bebas dan komersial itu, dengan pelan pembangunan yang merangkumi 88 unit kedai pejabat mewah 4, 6 & 8 tingkat, sebuah Hospital Pakar Swasta dan dilengkapi sebuah tasik buatan.

Fasa utama pembangunan akan menjadikan sebuah pusat membeli belah bertaraf antarabangsa dengan 6 menara bersepadu yang dibina di sepanjang 14 ekar tanah, dan berhadapan pemandangan tasik, dan bersebelahan antara Lebuhraya Kesas / Pelabuhan Barat dan Jalan Pandamaran.



LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI RUMAH KEDAI TAMAN SRI ANDALAS, KLANG


by Klang Cob on Thursday, July 28, 2011 at 8:54am
Aduan : Tidak menjaga kebersihan kawasan.


Lokasi Aduan : No.42, Jln Sri Sarawak 18, Taman Sri Andalas.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 04/07/2011 @ 03.30 p.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan pihak kami telah berjumpa dengan pengadu dan pihak pengadu telah menyerahkan gambar bukti berkenaan perkara yg diadukan. Walaubagaimanapun, perkara tersebut diluar skop tugas Pesuruhjaya Bangunan kerana ia melibatkan mentaliti individu yang kurang cerdik tentang isu kebersihan.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI BANDAR BUKIT TINGGI 1, BLOK C.

by Klang Cob on Thursday, July 28, 2011 at 8:55am
Aduan : Kawasan pangsapuri tidak diselenggara oleh pemaju.


Lokasi Aduan : Blok C, Jalan Batu Nilam 15, Bandar Bukit Tinggi, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 26/07/2011 @ 11.40 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan mendapati, kawasan pangsapuri tidak diselenggara oleh pihak pemaju dan didapati banyak sampah berlonggok di bahu jalan dan di rumah sampah. Keadaan longkang yang tersumbat boleh menyebabkan berlakunya pembiakan nyamuk dan ini membahayakan kesihatan penghuni pangsapuri. Pemerhatian pihak kami, mendapati tanah di kawasan tempat letak kereta telah mendap dan tiada kerja-kerja pembaikan yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab.






LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI PKNS, BANDAR SULTAN SULAIMAN.

by Klang Cob on Thursday, July 28, 2011 at 8:56am
Aduan : Menternak ayam di dalam kawasan pangsapuri / gangguan bau busuk.


Lokasi Aduan : Blok B37, Tingkat Bawah, Pangsapuri PKNS, Bandar Sultan Sulaiman.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 26/07/2011 @ 10.53 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan mendapati tiada tanda-tanda yang menunjukkan rumah bersebelahan pengadu membela ayam di kawasan rumah.  Pemerhatian pihak kami mendapati terdapat unit rumah yang mengubahsuai rumah menjadi kedai runcit bersebelahan rumah pengadu. Mungkin keadaan ini yang menyebabkan kawasan rumah pengadu berbau busuk.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI BANDAR BUKIT TINGGI 2, BLOK K.

by Klang Cob on Thursday, July 28, 2011 at 8:57am
Aduan : Salahguna petak parkir


Lokasi Aduan : Blok K, Jalan Batu Nilam 34, Bandar Bukit Tinggi, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 06/07/2011 @ 10.16 p.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan mendapati, beberapa orang pemilik kereta meletakkan kenderaan mereka di lot parkir yang dikhaskan untuk meletak motosikal. Malah ini menyebabkan ruang jalan menjadi sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta pada satu-satu masa. Pengadu mencadangkan agar dibina satu penghadang besi di lot parkir motosikal bagi mengelakkan kenderaan selain motosikal meletetakkan kenderaan mereka di situ. Walaubagaimanapun, perkara ini didalam bidang kuasa pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok K dan pihak kami mencadangkan agar pengadu membuat surat kepada pihak pemaju, Gemilang Waras Sdn Bhd agar untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI RUMAH KEDAI JALAN BATU NILAM 1B, BANDAR BUKIT TINGGI, KLANG.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI RUMAH KEDAI JALAN BATU NILAM 1B, BANDAR BUKIT TINGGI, KLANG.

by Klang Cob on Thursday, July 28, 2011 at 8:58am

Aduan : Kerosakan pada bangunan dan peniagaan di kaki lima bangunan.


Lokasi Aduan : Jalan Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 06/07/2011 @ 10.45 p.m


Ringkasan Laporan :

Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan mendapati tiada kerosakan bangunan yg kritikal dan boleh membahayakan penghuni lain. Beberapa bahagian lantai yang berlubang yang diakibatkan oleh objek berat yang diletakkan atau jatuh di atas lantai kaki lima bangunan tersebut. Pemerhatain pihak kami juga, peniaga yang dimaksudkan oleh pengadu beroperasi diantara jam 9.00 pagi sehingga 7.00 petang dan telah meletakkan kerusi dan meja di laluan kaki lima bangunan tersebut dan menyebabkan kacau ganggu kepada orang ramai yang berurusan di situ.

Mesyuarat klang villa pada 29/07/2011 jam 3 ptg

by Klang Cob on Monday, August 1, 2011 at 12:43pm

Mesyuarat di pengerusikan oleh tuan Hj Ismail. Pengerusi memohon maklum balas daripada pihak JMB berhubung aduan2 yg diterima.

Setiausaha JMB memaklumkn pengadu mempunyai tunggakan caj penyenggaraan sebanyak RM17 ribu.
1. lif yg selalu rosak
- setiap blok ada 2 lif cuma ada blok yg salah satu lif yg berfungsi

2. pengurus berlepas tgn atas perkara keselamatan/pengawal keselamatan
JMB memaklumkan bahawa mereka sedang dlm proses penukaran syarikat keselamatan. mereka tgh melakukan sebut harga

3. kolam renang yang tidak disediakan
JMB memaklumkan kolam renang tersebut pernah dibuka tetapi disalah guna oleh pemilik. ada yg membawa masuk basikal, membasuh pakaian dan tidak memakai pakaian yg sesuai. JMB ada menyediakan gambar

4. Caj bulanan yg tinggi
tiada kenaikkan caj bulanan daripada pengambilalihan JMB RM87.00 sebulan

5. Lipas dan nyamuk yg banyak
pihak JMB telah memanggil syarikat pest control utk melakukan kerja-kerja tersebut

6.Air yg selalu putus/ caj air berkelompok yg tinggi.
tiada gangguan bekalan air kecuali pihak JMB melakukan pemotongan bekalan air sekiranya penduduk gagal membayar caj penyenggaraan. caj air adalah mengikut kadar yg dikeluarkan oleh pihak SYABAS RM1.38 sen dan pihak JMB memaklumkan susah utk mendapat kerjasama penduduk utk migrasi air. sehubungan dengan itu, pihak COB mencadangkan kpd JMB agar pihak SYABAS dipanggil utk memberikan taklimat berhubung migrasi meter air di klang villa.

7.Pengurus Bangunan yang sombong dan angkuh.
pengurus tersebut juga memakluman dia juga telah dikasari dan kenderaannya telah dirosakan. laporan polis turut dibuat

8.Tiada program kemasyarakatan
diluar bidang tugas JMB

9.Pengerusi JMB tidak bermastautin di klang villa dan tidak berpelajaran
pengerusi mengakui beliau tidak duduk di klang villa tetapi kerap dtg ke office klang villa untuk pemantau dan sentiasa menerima laporan daripada pengurus yg dilantik

10.Persekitaran tmpt yg kotor
JMB melantik kntraktor pembersihan. kutipan setiap hari termasuk sabtu dan ahad. sehari sekali terdapat 8 org pekerja.

11.Usaha mendapatkan strata title
diluar bidang kuasa JMB. tuan tanah adalah MPK

Perkara-perkara lain:

1. Audited accounts
accounts sedang diaudit oleh auditor daripada pemaju highland view kerana JMB tidak mempunyai peruntukan

2. Laporan pematauan
Pihak JMB akan menghantar laporan pematauan dalam masa 2 minggu lg utk suku tahun pertama dan kedua.

3. Peratus kutipan
45-50% bayaran. rumah majlis sebanyak 18 unit mempunyai tunggakan 7 bulan

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI BUKIT KUDA, KLANG

by Klang Cob on Wednesday, August 3, 2011 at 1:31pm
Aduan : Pembinaan pagar di sekeliling kawasan Pangsapuri Bukit Kuda tanpa kebenaran.


Lokasi Aduan : Pangsapuri Bukit Kuda.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 03/08/2011 @ 03.30 p.m


Ringkasan Laporan :

Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan pihak kami mendapati terdapat binaan pagar disekeliling kawasan pangsapuri dan pihak JMB Pangsapuri Bukit Kuda tidak memaklumkan perkara berkenaan perkara tersebut kepada pihak Pesuruhjaya Bangunan selaku Badan yang bertanggungjawab berkenaan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan berstrata. Pihak kami berharap pihak JMB dapat memaklumkan berkenaan perkara berikut kepada pihak Pesuruhjaya Bangunan dan Jabatan Bangunan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja pembinaan dilakukan bagi mengelak sebarang masalah lain yang timbul di kemudian hari.




Notes by JMB

By Klang Cob · Monday, August 8, 2011
JMB
1. Regency kondo
2. Impian meru
3. Meru Ehsan
4. Flat Jln Kem & Berembang

MC
1. Flat Kg. Raja Uda

UP DATE COB MPKLANG

Pihak Kami Ingin Maklumkan bahwa Blog Kami telah diceroboh dan kami dalam proses up date kesemua laporan kami ...harap maklum.


COB MPklang

03/07/2011

SEKITAR AKTIVITI PIHAK PESURUHJAYA BANGUNAN M.P.KLANG DI MAJLIS MESY. AGUNG MC PRIMA BAYU APARTMENT

Jabatan Pesuruhjaya bangunan telah menerima undangan oleh Prima Bayu Apartment, Bayu Perdana Klang pada 21 hb Mei 2011. Jabatan Pesuruhjaya Bangunan yang diketuai oleh En Ari bin Hj. Adam selaku Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan telah meluangkan masa bersama-sama 4 orang kakitangan untuk menjayakan Mesyuarat Agung tersebut sambil memberi penerangan atau garis panduan terhadap penduduk di kedua-dua kawasan tersebut.
Melalui aktiviti tersebut, para penduduk dapat mengenali kakitangan Pesuruhjaya Bangunan dengan lebih dekat dan Mesra bagi kebaikan bersama dengan itu segala permasalahan dapat diajukan dan diselesaikan dengan lebih efektif dan berhemah. Bagi MC Prima Bayu Apartment Syabas diucapkan diatas tanggungjawab dan usaha yang dilakukan demi kebaikan besama penduduk.

Kakitangan yang menjayakan Aktiviti Pada 21 hb Mei 2011 :-

1.  Encik Ari Bin Haji Adam            - Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
2.  Encik Thalib Bin Omar              - Pen. Pegawai Tadbir
3. Puan Shaferella Binti Sapardin - Pen. Akauntan
4. Puan Wan Norhafizah Bt. Amir - Pen. Pegawai Tadbir
5. Encik Mohamad Azmir Ajelan    - Pembantu Tadbir

SEKITAR AKTIVITI PIHAK PESURUHJAYA BANGUNAN M.P.KLANG DI MAJLIS MESY. AGUNG JMB FLAT SURIA PENDAMAR

Jabatan Pesuruhjaya bangunan telah menerima undangan oleh JMB Flat Tmn Suria Pendamar, Pel. Klang dan  21 hb Mei 2011. Jabatan Pesuruhjaya Bangunan yang diketuai oleh En Ari bin Hj. Adam selaku Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan telah meluangkan masa bersama-sama 4 orang kakitangan untuk menjayakan Mesyuarat Agung tersebut sambil memberi penerangan atau garis panduan terhadap penduduk di kedua-dua kawasan tersebut.

Melalui aktiviti tersebut, para penduduk dapat mengenali kakitangan Pesuruhjaya Bangunan dengan lebih dekat dan Mesra bagi kebaikan bersama dengan itu segala permasalahan dapat diajukan dan diselesaikan dengan lebih efektif dan berhemah. Bagi JMB Flat Tmn Suria Pendamar Syabas diucapkan diatas tanggungjawab dan usaha yang dilakukan demi kebaikan besama penduduk.

Kakitangan yang menjayakan Aktiviti Pada 21 hb Mei 2011 :-
1.  Encik Ari Bin Haji Adam            - Pengarah Jabatan Pesuruhjaya Bangunan
2.  Encik Thalib Bin Omar              - Pen. Pegawai Tadbir
3. Puan Shaferella Binti Sapardin    - Pen. Akauntan
4. Puan Wan Norhafizah Bt. Amir - Pen. Pegawai Tadbir
5. Encik Mohamad Azmir Ajelan    - Pembantu Tadbir