28/03/2011

Taklimat JMB Sri Perantau

Form JMB to ensure smooth operations, group told.

Bad state: Drains in the area which are not properly maintained are one of the grouses of high-rise residents.

ALL Commissioner of Buildings (COB) have been urged to ensure that Joint Management Bodies (JMB) are formed at all high-rise residential buildings as soon as possible.
Deputy Minister in the Prime Minister’s Department and Public Complaints Bureau head Datuk T. Murugiah said this after chairing a meeting with residents of Pangsapuri PKNS Jalan 4M in Ampang Jaya, the developer, management company, COB representatives and Syabas yesterday.
“All high-rise residential areas should have a JMB that will ensure the proper collection of maintenance fees and smooth running of operations,” he said, adding that most maintenance problems are due to poor collection of fees.
Murugiah said residents could not expect good service if they did not pay up their dues.
Such is the case of the 24-year-old flats that has eight blocks with 320 units.
Resident Anthony Chin, 60, a businessman, said the management should come up with a strict fees collection system that penalised late payers.
“Some owners owe more than RM5,000 in maintenance fee arrears and the management should take legal action or find some way to collect the money,” Chin said.
The developer, PKNS, appointed IM Global Property Consultants since Oct 1 to collect maintenance fees as well as arrange for the inaugural annual general meeting to be held where a JMB will be appointed.
“In the past three months, we were only able to collect 20% of the maintenance fees.
“As such, it is difficult to pay for the services, including grass-cutting and drain-cleaning,” IM Global Property Consultants senior property manager Mohamad Yusof Ali said.
He added that they had set Dec 18 for a meeting and residents would be briefed on the functions of the JMB appointed on the same day.
“Residents here are only required to pay RM15 per month for maintenance fees. If they pay up and the maintenance is still bad then I will come here personally and talk to PKNS to change the management,” he said.
Retiree Adiviah Soerrakiah, 60, listed several problems in the area.
“The roads in the flats area have not been paved for the past 10 years and it is uneven as well as full of potholes.
“The drains have not been cleaned in the past three months and plants are growing in it,” he said.
He added that he was also worried about the safety of children playing in a field near a area covered in undergrowth and trees.
Adiviah, who has been sending letters about the state of the flats to PKNS for the past 10 years, was also unhappy that the blocks had never been painted.
“Three of the blocks were painted last year courtesy of Bukit Antarabangsa assemblyman Azmin Ali but there are still five more that are in bad condition,” he said, adding that the garbage disposal areas were leaking.

Form JMB to ensure smooth operations, group told.

Rumah Ibadat Haram Akan Dikompaun Sehingga Diiktiraf.


SHAH ALAM, 13 Mac - Pemilik rumah ibadat yang dibina secara haram boleh dikenakan kompaun sehingga memperolehi pengiktirafan kerajaan.
“Bayaran kompaun ini perlu dijelaskan secara berterusan sehingga pemilik-pemilik rumah ibadat tersebut memohon untuk mendapatkan pengiktirafan kerajaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kajian, Penyelidikan dan Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu.
Beliau berkata keputusan yang dibuat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 9 Julai lalu itu turut bersetuju agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana struktur yang baru dibina tanpa kebenaran termasuk surau dan masjid.
Tambahnya, semua PBT atau agensi kerajaan yang lain perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri sebelum mengambil langkah merobohkan mana-mana rumah ibadat.
Menurut Ronnie lagi, setiap permohonan untuk mendirikan rumah ibadat akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam yang diadakan enam kali setahun sebelum dibawa ke mesyuarat MMKN.
Setakat ini, terdapat sebanyak 2,864 buah rumah ibadat berdaftar merangkumi kuil, tokong, gereja, masjid dan surau di seluruh Selangor.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Khasim Abdul Aziz (Pas-Lembah Jaya) dalam persidangan dewan undangan negeri (Dun) pagi tadi.

Improve our quality of life, residents urge MPKj.


THE Taman Cheras Permai flats in Selangor have been showing signs of neglect for years but with the timely intervention of the Kajang Municipal Council (MPKj), the situation can be improved.

Newly appointed councillor for Zone 2, Eddie Tan, said he will follow-up on the flat dwellers’ complaints regarding the broken roof, uncollected rubbish, poor lighting and lack of security within the three blocks of four-storey flats.

Signs of neglect: The Taman Cheras Permai flats in Selangor.

“The councillor before me, Carmen Leong, submitted their complaints to MPKj on May 24 and soon after, a gotong royong was initiated. We are also asking the flat dwellers to cooperate by keeping the surroundings clean,” he added.

They cannot channel their complaints to a management company as no maintenance fees have been collected since the flats were built. No effort has been initiated to form a joint management body (JMB).

According to Tan, the flat dwellers paid a private contractor RM4 monthly per each household for rubbish collection but the services were constantly below par.

“The rubbish chute is constantly overflowing and the flats are dirty. The blocks are in dire need of a paint job and the roof tiles that have been blown away need to be replaced,” he added.

Flat dweller Tan Kuai Gek, 59, said she hoped MPKj will step in to resolve the problems in the area soon.

“We have a large community here and are seeking to improve our quality of life. “The overflowing rubbish is a constant health hazard and the leaking roof has not been repaired in years,” she added.

To protect themselves from harm, flat owners on several floors have taken measures to instal grill gates with padlocks along public pathways. This has irked some tenants who want unhindered right of way.
Tan said a committee formed by flat owners would help resolve some of the issues.

Murugiah kritik COB.

KUALA LUMPUR 23 Jun – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah hari ini menegur sikap endah tak endah Pesuruhjaya Bangunan (COB) di setiap pihak berkuasa tempatan dalam menangani konflik antara penduduk dan pihak pengurusan bangunan.
Teguran itu disuarakannya ketika mengulas masalah yang dihadapi oleh penduduk Kondominium Angsana Hilir yang dilaporkan dalam beberapa akhbar tempatan.
“Sikap COB yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik walaupun selepas menerima aduan daripada orang ramai, menyebabkan masalah penduduk semakin rumit.
“Sepatutnya mereka harus meneliti setiap masalah dan turun padang bagi melihat sendiri masalah-masalah yang dihadapi,” katanya kepada pemberita.
Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA) itu berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat berhubung isu yang dihadapi oleh penduduk Blok C Angsana Hilir kerana Sijil Layak Menduduki (CF) yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tidak diiktiraf oleh pihak pengurusan kondominium itu.
Tambahnya, COB yang terletak di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di antara pihak pengurusan dan penduduk di satu-satu kawasan perumahan.
“Perkara ini bukan hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi juga hampir di seluruh negara.
“Mereka juga boleh untuk campur tangan dan mengarahkan pengurusan dan penduduk seperti melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan, membaiki lif dan sebagainya.
“Namun, disebabkan mereka tidak pernah turun padang, maka masalah tersebut tidak dapat dikenal pasti menyebabkan tiada jalan penyelesaian diambil oleh COB,” katanya lagi.
Sehubungan itu, beliau akan mengemukakan satu kertas kerja berhubung bidang kerja COB kepada Ketua Setiausaha Negara dalam masa terdekat ini.
“Mungkin BPA akan memanggil semua COB dari seluruh negara untuk menghadiri kursus atau seminar dalam usaha meningkatkan kesedaran mereka untuk menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik,” katanya lagi.
Murugiah turut mengulas mengenai projek terbengkalai Pangsapuri Endora di Seksyen 25, Taman Sri Muda, Shah Alam.
“Saya telah menghantar surat kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha bagi memaklumkan cadangan unit pemantauan khas.
“Penubuhan unit itu bertujuan memastikan projek perumahan tersebut siap mengikut masa yang ditetapkan.
“Bagaimanapun, biarlah KPKT yang membuat keputusan dan mereka juga memerlukan masa untuk meneliti perkara tersebut,” katanya lagi.

Penduduk dituntut bayar RM1j.

GEORGE TOWN - Tindakan mahkamah akan diambil terhadap penduduk di lima buah flat Taman Teluk Kumbar di sini ekoran kegagalan membayar yuran tunggakan penyelenggaraan sejak 15 tahun lalu yang kini mencecah lebih RM1 juta.
Pengarah Eksekutif Fala Associates Sdn. Bhd., M. Kajendaran berkata, pihak pemaju terpaksa bertindak demikian disebabkan majoriti penduduk masih enggan membayar yuran selenggara meskipun telah dimaklumkan berkali-kali termasuk menghantar notis guaman.
Ujarnya, ekoran kedegilan penduduk, syarikat itu berdepan kesulitan dan terpaksa meminjamkan wang kepada anak syarikatnya, Piala Mutiara Sdn. Bhd. berjumlah RM500,000 bagi membayar bil elektrik, air, gaji kakitangan dan cukai pintu.
"Tiap-tiap bulan pihak syarikat kena keluarkan duit sendiri untuk menyelesaikan masalah pembayaran ini tetapi sehingga hari ini penduduk masih liat membayar tunggakan mereka sejak mendiami perumahan ini.
"Kami tidak memaksa mereka membayar kesemua hutang itu sekali gus, mereka boleh membayar secara ansuran atau datang berbincang dengan kami mengenai cara pembayaran," katanya di sini semalam.

KENYATAAN MEDIA BERKENAAN ISU LIF DI TAMAN PERMAI INDAH, KLANG SIAP DIBAIK PULIH MULAI 18 JUN INI.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah memulakan kerja-kerja membaik pulih lif-lif di Taman Permai Indah, Pelabuhan Klang pada 26 Mac 2010. Menurut perancangan awal, kerja-kerja ini dijangka siap pada 25 Mei 2010.

Walau bagaimanapun, pada 3 Mei 2010 sebahagian dari alat-alat ganti telah mengalami kerosakan apabila tempat menyimpannya di tapak telah dimasuki air.

Selain dari itu, pada 11 Mei 2010 terdapat alat-alat ganti yang diperbuat dari aluminium telah didapati dicuri. Kontraktor yang dilantik oleh PKNS telah turut membuat aduan bahawa mereka telah menerima ugutan ketika menjalankan kerja-kerja mereka.

Walaupun berhadapan pelbagai halangan, kerja-kerja membaik pulih terus berjalan dan tidak terhenti.

Menurut jadual baru, satu lif bagi setiap blok (Blok A, B, C dan D) akan siap untuk diuji pada 18 Jun 2010. Lif-lif itu pula dijangka akan mendapat sijil-sijil kebenaran untuk digunakan dari pihak berkuasa selewat-lewatnya dua minggu selepas ianya diuji.

Sementara lif kedua bagi blok-blok tersebut dijangka siap untuk diuji pada 30 Jun 2010. Sijil-sijil juga dijangka diperolehi selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh tersebut.

Kerajaan Negeri sedang menyiasat sama ada ugutan dan kecurian ini dilakukan oleh pihak yang mahu menggagalkan atau melambatkan kerja-kerja baik pulih lif ini.

Pertemuan telah diadakan pada 25 Mei 2010 di antara Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) dan wakil Pejabat Exco agar kecurian dan ugutan ini tidak akan berulang.

Adalah lebih bermanfaat jika penduduk dapat bersama-sama memikirkan masalah kecurian yang telah berlaku kerana Kerajaan Negeri bimbang selepas lif-lif itu siap dibaik pulih ia akan juga terdedah kepada kecurian dan vandalisme. Kerajaan Negeri berharap dapat bekerjasama dengan penduduk untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab.

Penduduk Taman Permai Indah bernasib baik kerana mereka di antara 3 kawasan perumahan yang terpilih untuk dibantu oleh Kerajaan Negeri. Kos membaik pulih lif bagi ketiga-tiga kawasan ini ialah RM1.6 juta. Terdapat banyak lagi kawasan yang memohon untuk dibantu oleh Kerajaan Negeri.

Secara amnya, penyelenggaran dan membaik pulih lif-lif bukanlah tanggungjawab Kerajaan Negeri tetapi sebenarnya adalah tanggungjawab penduduk. Namun Kerajaan Negeri prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat dan telah melaksanakan program ini untuk membantu mereka.

Kerajaan Negeri difahamkan bahawa ada pihak yang berjanji untuk membantu penduduk tetapi janji ini dibuat setelah mereka kehilangan kuasa. Jikalau benar mereka ikhlas, kenapa tidak membantu penduduk ketika mereka berkuasa?

Malah, masalah yang dihadapi oleh penduduk kini adalah peninggalan dari zaman mereka.
Saya berharap agar penduduk tidak akan tertipu dengan mereka yang hanya mementingkan masa depan politik mereka. Mereka hanya pandai memperalatkan rakyat sahaja.


Y.B. Tuan Iskandar Abdul Samad
Exco/Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan
Negeri Selangor
14 Jun 2010

Adil kepada pemaju, pembeli.




Sunday, 15 April 2007 07:45am
Mingguan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
KELMARIN, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan empat inisiatif penambah baik mutu sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan khususnya berhubung peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam melancarkan urusan berkaitan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.

Ramai melihat ini sebagai permulaan baru kepada masa depan sektor perumahan negara dan memberi harapan kepada pemaju serta pembeli dalam mendapat keadilan yang sewajarnya.

Inisiatif tersebut ialah mewujudkan sistem pusat setempat (OSC), Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) menggantikan Sijil Layak Menduduki (CFO), Akta Pengurusan Harta Bersama (COB) 2007 dan konsep bina kemudian jual (BKJ). Serentak itu juga, enam akta serta satu undang-undang kecil telah dikuatkuasakan bermula 12 April lalu.
Menerusi OSC, proses pembangunan hartanah yang berada di bawah kawalan PBT bermula dari peringkat awal sehingga berlakunya pelaksanaan projek yang dahulunya memakan masa tiga hingga lima tahun dipendekkan kepada empat hingga enam bulan sahaja.

Dengan kaedah CCC, pemaju dikehendaki menandatangani 21 borang, diawasi pihak profesional supaya segala syarat pembinaan dipatuhi berbanding hanya satu borang sebelum ini. Langkah penggubalan Akta COB 2007 pula bagi mewujudkan jawatan Pesuruhjaya Bangunan yang berfungsi sebagai perantara antara pemilik unit strata dengan pihak pengurusan bangunan manakala konsep BKJ akan memberi pelbagai insentif kepada pemaju bagi menggalakkan mereka melaksanakan konsep baru tersebut.

‘‘Inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan ini membuktikan janji-janji kerajaan untuk memperbaiki kualiti perkhidmatan awam bukan sekadar cakap kosong,’’ kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting. Ditanya tentang sejauh mana pihaknya dapat memastikan apa yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan ini akan menjadi kenyataan, kata beliau;

‘‘Memang ini satu tanggungjawab besar tetapi perlu ada pihak menggerakkannya,’’ ujar Ka Ting.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, SITI MARIAM MD. ZAIN dan NIZAM YATIM semalam, beliau menegaskan bahawa semuanya ini hanya akan menjadi realiti sekiranya mendapat kerjasama penuh daripada pihak-pihak terlibat terutama PBT sendiri, pemaju dan para profesional.

‘‘Saya harap mereka faham bahawa ini adalah satu anjakan paradigma. Anjakan paradigma amat penting untuk meningkatkan sistem penyampaian awam dan seterusnya daya saing negara,’’ katanya.

MINGGUAN: Perdana Menteri dalam ucapannya menekankan tentang pasukan Inspektorat sebagai pihak pemantau pelaksanaan sistem baru ini. Siapa yang akan menganggotainya?

KA TING: Inspektorat akan ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Kita akan mendapatkan pegawai-pegawai yang sesuai untuk menganggotainya. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut antara kementerian saya dengan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta Kementerian Kewangan. Jemaah Menteri telah pun meluluskan penubuhannya dan struktur lengkap akan diuruskan selepas ini.

Sebagai permulaan, beberapa jawatan strategik akan diwujudkan sebelum diperluaskan bergantung kepada mekanisme yang akan ditetapkan. Mereka akan dilantik daripada kakitangan kerajaan, seelok- eloknya mempunyai pengetahuan profesional. Kerana ini berkait dengan soal-soal perancangan bandar. Dan kita berpendapat lebih sesuai jika golongan ini terdiri daripada pelbagai disiplin supaya mudah memahami apa yang berlaku di bawah. Pasukan ini juga akan bertanggungjawab mendengar aduan. Laporan yang dikumpul akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan Majlis Negara Kerajaan Tempatan. Sekiranya JPA meluluskan jawatan yang diminta, kita boleh memulakannya. Perdana Menteri telah menetapkan tempoh dua bulan untuk semua pihak menyesuaikan diri dan melakukan semua persiapan yang diperlukan.

Sistem CFO diganti dengan CCC. Pihak profesional yang dilantik akan mengawasi sesuatu projek supaya pemaju mematuhi syarat-syarat ditetapkan. Bagaimana jika syarikat yang diwakili oleh profesional itu tadi tutup atau berlaku kematian. Apa yang akan berlaku seterusnya?

KA TING: Di bawah sistem baru terdapat 21 borang yang perlu ditandatangani oleh pemaju berdasarkan kepada tahap kemajuan projek. Setiap tahap akan ada individu yang bertanggungjawab. Contohnya struktur bangunan, maka jurutera terbabit perlu menandatangani borang mengatakan struktur bangunan tersebut adalah mengikut spesifikasi yang betul. Ini diikuti tandatangan oleh arkitek yang bertanggungjawab menyerahkan borang tersebut kepada pihak berkuasa. Setiap tahap pembangunan perlu ada kelulusan spesifikasi. Maknanya ada individu yang akan dipertanggungjawabkan. Katalah jika berlaku sebarang masalah kepada syarikat atau arkitek itu sendiri meninggal dunia, mereka yang menandatangani borang-borang terdahulu masih ada lagi untuk kita rujuk. Maka tidak akan wujud masalah tiada siapa yang akan tidak bertanggungjawab di sini. Dalam masa sama, pemaju boleh melantik profesional lain untuk mengambil alih tugas. Berbanding dengan sistem lama, hanya satu borang permohonan yang perlu ditandatangani sebelum diserahkan kepada kerajaan tempatan.

Konsep BKJ, tidakkah ini menjejaskan peluang golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri kerana pemaju tentu tidak berminat lagi untuk melaksanakan projek rumah kos rendah?

KA TING: Pembekalan rumah kos rendah tidak akan terjejas kerana kerajaan akan memastikan agensi-agensi kerajaan terus membina rumah-rumah mampu milik atau mampu sewa yang secukupnya kepada golongan berpendapatan rendah. Jabatan Perumahan Negara, Syarikat Perumahan Negara, Perbadanan Negeri dan juga agensi-agensi yang lain akan tetap melaksanakan tanggungjawab ini. Isu sekarang terdapat juga permintaan tinggi bagi kawasan yang mempunyai rumah kos rendah mencukupi untuk membina rumah kos sederhana rendah. Dengan sistem BKJ ini, sebahagian daripada rumah kos sederhana rendah akan dibekalkan. Ini akan saling melengkapi keperluan. Jangan lupa sekarang masih banyak projek yang mengikut sistem sedia ada. Dan ia masih mewajibkan pemaju membina rumah kos rendah. Semua ini diambil kira.

Apa jaminan kerajaan bahawa pihak pemaju akan mematuhi segala syarat yang ditetapkan?


KA TING: Kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan sentiasa bekerjasama. Di kawasan yang memerlukan lebih banyak rumah kos rendah, kita akan memastikan kerajaan membina sebahagiannya dan sebahagian lagi oleh pihak swasta. Pihak swasta ini ialah mereka yang tidak melaksanakan konsep BKJ. Pemaju yang memilih konsep BKJ, diwajibkan membina rumah kos sederhana rendah. Jangan lupa rumah kos sederhana rendah juga amat penting. Ramai yang berpendapatan sederhana rendah mahukan rumah lebih besar. Keluasan rumah kos rendah sekarang hanya 650 kaki persegi. Golongan yang agak mampu mahukan keluasan rumah 800 atau 900 kaki persegi. Sebenarnya kita akan mendapat satu keadaan yang lebih seimbang. Kita tidak mahu rumah kos tinggi atau kos rendah sahaja.

Adakah sistem baru ini diwajibkan kepada pemaju atau mereka mempunyai pilihan lain?


KA TING: Dalam masa peralihan ini, bagi projek yang sudah mengemukakan pelan bangunan, kelulusan hampir diberikan, mereka boleh terus berpegang kepada sistem lama. Tetapi bagi permohonan baru yang dikemukakan selepas 12 April, mereka wajib menggunakan sistem baru. Pilihan hanya kepada projek-projek yang telah dikemukakan awal.

Kebimbangan rakyat terutama bagi yang berpendapatan rendah sekarang apabila dilaksanakan sistem BKJ ini ialah harga rumah akan meningkat. Komen Datuk Seri?

KA TING: Sebab itu saya katakan kita tidak boleh secara drastik mewajibkan sesuatu sistem sahaja. Banyak lagi projek jual pada masa yang sama, bina. Sistem sedia ada masih berjalan dan ini juga akan membekalkan banyak rumah. Kalau kita hanya bergantung kepada siap baru jual, maka akan timbul masalah kerana harga akan naik. Oleh kerana mahukan keseimbangan, kita membenarkan kedua-dua sistem ini dijalankan selari. Pada masa sama, kerajaan tetap mengawal harga siling rumah kos rendah. Kita akan memantau dari semasa ke semasa.

Tetapi pemaju mendakwa kos meningkat dan mereka tiada pilihan mengekalkan harga?

KA TING: Pemaju memang berharap tidak mahu membina rumah kos rendah tetapi selagi mereka memilih sistem lama, mereka tiada pilihan. Jika pun mereka memilih sistem baru, kerajaan akan memastikan rumah jenis kos rendah akan mencukupi.

Maksudnya golongan berpendapatan rendah tidak perlu bimbang dengan keadaan ini?

KA TING: Kerajaan berani memberi jaminan pembekalan rumah kos rendah akan sentiasa dipantau. Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) juga telah ada sasarannya. Kerajaan tidak akan mengabaikan tanggungjawab ini. Ia tetap akan menjadi satu keutamaan.

Kenapa BKJ hanya sebagai pilihan dan bukan diwajibkan ke atas semua pemaju?


KA TING: Jika ini berlaku, boleh menyebabkan industri pembinaan rumah negara menguncup kerana pemaju membina rumah dalam jumlah sedikit. Ini kerana, mereka hanya boleh mengutip bayaran pendahuluan 10 peratus daripada pembeli dan bakinya melalui pinjaman bank. Tetapi kita harus ingat bank tidak selalunya memberikan pemaju terlalu banyak wang. Faktor lain, wujud situasi tidak pasti, kerana terdapat kemungkinan besar pembeli yang membayar 10 peratus pendahuluan membuat keputusan tidak meneruskan hasrat mereka.

Tetapi di Australia, mereka dapat melaksanakan konsep ini tanpa menjejaskan industri?

KA TING: Mereka mempunyai sistem kewangan dan insurans kukuh yang boleh memastikan pinjaman diberikan bagi projek perumahan. Mereka juga mempunyai undang-undang ketat mewajibkan pembeli yang telah menandatangani perjanjian jual beli membeli rumah berkenaan. Di Malaysia, kita tiada undang-undang sedemikian.

Mungkinkah kerajaan akan mewajibkan semua pemaju mengamalkan konsep BKJ ?

KA TING: Kita akan cuba dahulu kaedah pilihan ini iaitu antara BKJ serta konsep jual dan bina. Kita ingin melihat sejauh mana pencapaiannya. Keadaan seperti ini akan berterusan untuk tempoh kira-kira dua tahun bagi membolehkan segala kelemahan dikenal pasti terlebih dahulu.

Jika diwajibkan, ada pihak melihat masa depan pemaju kecil gelap kerana mereka tidak mempunyai modal besar untuk melakukannya?

KA TING: Sebab itu kita tidak mewajibkan konsep ini kerana tahu kesan-kesannya terhadap pemaju kecil. Mereka masih boleh membina rumah menggunakan konsep lama.

Masih berlaku kes pemaju lewat menyiapkan projek atau menyerahkan kunci walaupun tiada CFO. Kesannya ialah kepada pembeli. Apa langkah kementerian untuk mengatasi masalah ini?


KA TING: Kita akan memastikan tidak lagi berlaku kes ini kerana kita telah mewujudkan perubahan undang-undang drastik bagi memelihara kepentingan pembeli. Undang-undang ini telah pun berkuat kuasa. Selepas ini jika tiada CCC, kunci tidak boleh diserahkan kepada pembeli. Kita sedar perkara ini dan telah meminda akta berkaitan bagi mewujudkan undang-undang lebih ketat. Tribunal Perumahan boleh membicarakan kes melibatkan kos RM50,000 berbanding sebelumnya hanya RM25,000. Pemaju yang ingkar boleh dibicarakan di mahkamah dengan denda minimum RM5,000 dan dikategorikan sebagai kesalahan jenayah. Dulu denda hanya RM800. Sebab itu mereka tidak takut. Pembeli yang menghadapi masalah dinasihatkan supaya merujuk kepada tribunal ini. Jika rumah mengalami banyak kecacatan, dalam masa sama, lewat, mereka boleh membuat dua tuntutan yang melayakkan mereka memperoleh ganti rugi sehingga RM100,000.

Tentang pembeli terpaksa membayar faedah kepada pemaju atas alasan bank lambat mengeluarkan bayaran yang ditetapkan. Bukankah tindakan ini tidak adil kepada pembeli?

KA TING: Ini antara kelemahan yang kita kenal pasti. Agak sukar untuk kita bertindak ke atas bank kerana mereka mempunyai akta yang melindungi mereka. Bagaimanapun kementerian telah mengadakan perbincangan dengan wakil pemaju dan pihak bank bagi memastikan wujud peruntukan dalam perjanjian jual beli bagi melindung pembeli. Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana tiada maklumat lengkap, tetapi ia lebih baik berbanding dahulu.

Bagaimana dengan kesan-kesan selepas pembangunan misalnya berlaku banjir dan sebagainya. Siapa yang akan bertanggungjawab?

KA TING: Dalam Akta COB, peruntukan yang ditetapkan adalah untuk perkara-perkara berkaitan pengurusan harta bersama sahaja. Oleh itu apabila sesuatu projek pembangunan yang besar dilaksanakan, mereka perlu ada sistem keselamatan dan saliran yang lengkap. Tanpa mematuhinya, perancangan tidak akan diluluskan. Saya difahamkan beberapa tahun kebelakangan ini telah ada syarat- syarat ketat terutama bagi projek-projek mega iaitu mereka perlu mempunyai sistem saliran di bawah jagaan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar untuk menangani masalah banjir. Jika gagal mematuhi, projek-projek yang ingin dibangunkan, tidak sepatutnya diluluskan. Saya percaya apa yang berlaku hari ini isu banjir kilat dan sebagainya adalah projek-projek lama kerana bagi projek baru, mereka perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Ada pihak mengatakan menerusi sistem baru ini kuasa PBT dikurangkan?


KA TING: Sebenarnya kita tidak meminda sebarang undang-undang untuk mengambil alih kuasa PBT. Sistem baru ini tidak melibatkan kuasa cuma kita mengatur semula proses dan urusan permohonan mengikut konsep pusat sehenti. Jika kuasa PBT yang sedia ada ini digunakan dengan baik, mereka tidak perlu risau tentang kehilangannya. Yang dibimbangkan ialah kuasa itu tidak diselaraskan dengan betul, direalisasikan dan tidak mempunyai koordinasi di antara jabatan. Maka berlaku pertindihan dan perulangan.

Apa cabaran terbesar dihadapi sekarang?


KA TING: Memastikan pelaksanaannya benar-benar membuahkan hasil. Ini satu tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT. Tanpa kerjasama semua, kita tidak akan berjaya.

Mesej kepada pihak-pihak terbabit?

KA TING: Ini adalah satu anjakan paradigma dalam meningkatkan sistem penyampaian awam dan seterusnya daya saing negara. Adalah penting untuk kita sama-sama memastikan negara mampu menarik lebih banyak pelaburan kerana faedahnya kepada rakyat dan Malaysia tidak ketinggalan dalam berhadapan dengan cabaran globalisasi yang hebat. Kalaupun tidak kita mampu bersaing dengan negara maju lain, sekurang-kurangnya setanding dengan negara-negara jiran. Mereka telah mengurangkan kerenah birokrasi, menawarkan banyak insentif kepada para pelabur.
Jika Malaysia tidak bertindak dengan cepat dan berkesan, kita akan ketinggalan.

Utusan Malaysia : Negeri diberi kuasa lantik Pesuruhjaya Bangunan.


PUTRAJAYA 28 Nov.“ Kerajaan negeri akan diberi kuasa untuk melantik pesuruhjaya bangunan bagi melindungi kepentingan pembeli bangunan bertingkat daripada tarikh serah kunci hingga penyerahan Hak Milik Strata, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, perkara berkenaan terkandung dalam Rang Undang-Undang Bangunan dan Harta Bersama yang akan dibentangkan di Parlimen, bulan depan.
Beliau berkata, melalui Rang Undang-Undang Bangunan dan Harta Bersama, ia akan membolehkan pihak berkuasa negeri melantik pesuruhjaya bangunan sebelum perbadanan pengurusan diwujudkan.
‘‘Jika selepas ini kunci sesebuah projek telah diserahkan kepada penghuni dan didapati penyelenggaraan projek menimbulkan banyak masalah, maka keadaan itu boleh diatasi dengan kerajaan negeri melantik seorang pesuruhjaya bangunan bagi menentukan pengendalian bangunan dengan sempurna,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan kali ke-56 di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Mengenai pelantikan pesuruhjaya bangunan, Najib berkata, kerajaan negeri akan membuat keputusan mengenainya dan ia juga boleh melibatkan yang dipertua pihak berkuasa tempatan (PBT) atau seseorang yang layak.
Namun, katanya, jika yang dipertua dilantik sebagai pesuruhjaya bangunan, ia perlu mempunyai pasukan di bawahnya yang akan memeriksa bangunan bertingkat itu.
Pesuruhjaya bangunan itu, kata Timbalan Perdana Menteri, akan membantu menyelesaikan apa juga perkara yang menimbulkan ketidakpuasan di kalangan pembeli.
Pada sidang akhbar itu juga, Najib berkata, enam rang undang-undang yang berkaitan akan dibentang di Parlimen bulan depan bagi membolehkan kerajaan menguatkuasakan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).
Enam undang-undang itu terletak di bawah tiga kementerian iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli.
Menurutnya, CCC yang dijangka dilaksanakan dalam tempoh 18 bulan selepas enam rang undang-undang itu diwartakan, akan menggantikan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) yang diguna pakai sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, CFO akan terus digunakan untuk projek yang sedang berjalan dan bagi menentukan CCC berkesan, semua kerajaan negeri diingatkan syarat-syarat seperti kuota bumiputera bagi perumahan kos rendah hendaklah diputuskan sebelum pelan bangunan diluluskan.

Selangor cari dana selenggara lif rumah pangsa.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mencari dana bagi menyediakan peruntukan menyelenggara lif-lif di rumah pangsa kos rendah di negeri ini.

Penyelenggaraan lif adalah antara masalah terbesar dihadapi oleh penghuni rumah pangsa kos rendah di negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad mencadangkan kerajaan negeri mengambil alih penyelenggaraan lif di perumahan itu, kata Abdul Khalid dalam ucapan penutupan Majlis Dialog Bajet 2010 Negeri Selangor selama dua hari yang bermula semalam di sini.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan menawarkan tender kepada syarikat untuk membaiki atau menyelenggara lif terbabit.

Iskandar di dalam cadangan bagi Bajet 2010 ini menganggarkan kerajaan negeri memerlukan sekitar RM8 juta untuk menyelenggara 1,011 lif di rumah pangsa kos rendah itu.
Beliau berkata hampir setengah juta penduduk Selangor menghuni di perumahan kos rendah dan kebajikan mereka ini perlu dijaga kerana pembinaan projek perumahan rakyat tidak semestinya dilihat bagi mendapatkan keuntungan. - Bernama

JMB Impian Sentosa Atasi Masalah Keselamatan Penduduk.

KLANG, 19 Julai - Sudah sekian lama rintihan penduduk berlarutan berhubung masalah keselamatan, kebersihan dan kemudahan awam di persekitaran Pangsapuri Impian Sentosa yang sedikit banyak sudah menjejaskan ketenteraman hidup mereka sejak akhir-akhir ini.

Keadaan bertambah serius apabila kes kehilangan kenderaan menjadi-jadi, sesetengahnya pula menjadi mangsa vandalisme seperti kejadian pecah kereta, kehilangan aksesori kereta dan motosikal.

Sehubungan itu, Badan Pengurusan Bersama (JMB) Pangsapuri Impian Sentosa mengambil inisiatif dengan membina pagar dan menyediakan pas keselamatan bagi menangani penularan jenayah tersebut.

Walaupun baru dua bulan syarikat JMB ini ditubuhkan, namun melalui kerjasama baik dengan pihak polis, Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan kerajaan negeri, masalah penduduk setempat dijangka dapat diatasi dengan lebih berkesan.

“Dengan itu dalam dua bulan ini saya diberitahu dalam pangsapuri ini walaupun saya telah datang di sini 6 bulan sebelum, tidak ada pagar di seluruh kawasan, dan saya diberitahu orang-orang luar gunakan swimming pool yang ada di sini kolam air renang, pencurian motosikal banyak dan sebagainya, tetapi dalam dua bulan dengan pembentukan jawatankuasa JMB ini saya nampak sudah mula perubahan yang baru dengan pembinaan pagar yang saya nampak sudah dimulakan”, kata Xavier.

Berucap merasmikan pembinaan pagar dan sistem pas keselamatan Pangsapuri Impian Sentosa di Taman Sentosa Klang pagi tadi, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar memberitahu dengan pembinaan pagar ini juga keselamatan anak-anak mereka turut terjamin.

“Saya nampak ramai anak-anak kita yang bermain ini, untuk keselamatan anak-anak kita, pendirian pagar ini dengan saya ingat lepas pendirian pagar, penguatkuasa security yang ada di luar lebih ketat dan kita boleh hantar anak-anak kita bermain dengan tidak ada apa-apa fikiran lain akan jadi kepada mereka”, jelas Xavier lagi.

Menurut Xavier lagi, sehingga kini nilai hartanah di sekitar Taman Sentosa semakin terjejas teruk sehingga banyak unit-unit perumahan terbengkalai, sesetangahnya pula dilelong pada harga yang rendah berikutan banjir yang kerap berlaku di sini.


Justeru, Kerajaan Negeri Selangor bercadang membangunkan semula Taman Sentosa bagi memulihkan nilai hartanahnya melalui pembinaan tiga kolam takungan banjir bawah tanah.

Ia bertujuan untuk mengatasi masalah banjir yang sudah sekian lama menghantui penduduk setempat apabila musim hujan.

“Sebelum tahun ini kena buat sesuatu, untuk atasi masalah banjir di dalam Taman Sentosa sekarang dengan kerjasama JPS kita dalam rancangan untuk membina kolam di bawah tanah, 3 kolam di Sentosa sekarang dia punya pelan semua akan sudah siap sedia sebelum tahun ini saya harap kita boleh lancarkan program ini untuk tidak ada banjir langsung di Sentosa lepas kolam-kolam ini dibinakan di dalam Taman Sentosa”, kata Xavier mengumumkan berita baik kepada penduduk Taman Sentosa bagi menambahbaik sistem pencegahan banjir.

Dalam pada itu, usaha murni JMB ini turut mendapat sokongan dan sambutan baik penduduk setempat yang rata-ratanya berharap kualiti hidup mereka selepas ini bertambah baik setelah pagar dan penguatkuasaan keselamatan dilaksanakan kelak.

“Tapi nampak management ni kemajuan tindakan-tindakan yang mereka ambil tu memang puas hati la, sebelum ni motor saya jaga sebelah guard house pun kena saya punya motor kena curi barang-barang motor tu”, kata Chandirasegarana penduduk yang ditemui pada majlis itu.

“Kita sebagai penduduk akan mula sedar bahawa pentingnya bayar maintenance untuk kemudahan dan keselamatan penduduk di apartment ni. Saya rasa sedikit sebanyak memang akan ada lebih selamat lah sebab saya sendiri pernah berlaku kecurian tayar motor dan tayar kereta, jadi bila access card ni, maknanya keadaan security kawalan akan bertambah lagi mudah, dia senang menyekat mana-mana penduduk yang bukan warga apartment di sini. Saya harapan kualiti kawalan keselamatan dan keselamatan untuk anak-anak kita, dari segi kemudahan awam mestilah dijaga dengan sebaik-baiknya”, kata Zulfahmi Zainudin, Penduduk Pangsapuri Impian Sentosa di Klang pagi tadi.

“JMB dapat bagi kepuasan kepada penduduk macam kata keselamatan,  kawalan yang sepenuhnya. Sebab sebelum ni pun memang teruk kawasan ni, kalau tanya Taman Sentosa memang orang takut lah. Jadi saya harap sangat bila dah ada dari segi pengumuman, jadi kita boleh buat perbincangan dengan JMB untuk dapatkan penerangan-penerangan seperti maintenance penduduk di sini dan aktiviti yang ada. Saya harap dapatlah bila pentadbiran baru kat sini saya harap dapatlah dia maknanya nama black area tu dapat jadi aman damai la, bermakna orang kenal Taman Sentosa ni akan datang ada lagi lebih baik la, tidak seperti yang sebelum ni la, dengan jenayah la, macam-macam kita dengar, kita pun tahu, saya rasa dah dua kali kereta kena buka motor hilang semua la”, kata seorang penduduk.