07/11/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI PANGSAPURI REBANA, BANDAR BUKIT RAJA, KLANG.



Aduan : Penambahan dan pengubahsuaian di laluan koridor pangsapuri.


Lokasi Aduan : Unit G-1-14, G-1-15 dan G-1-16, Pangsapuri Rebana, Bandar Bukit Raja, Klang


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 8/10/2012 @ 11.00 a.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan di lokasi seperti yang dinyatakan berdasarkan maklumat yang diterima, pihak kami mendapati aduan tersebut adalah benar. Terdapat penambahan struktur dan halangan di hadapan unit G-1-14 dengan membina tempat istirehat dan kolam ikan kecil di laluan koridor. Pemerhatian pihak kami juga, unit G-1-16 telah membina garaj kereta berhadapan unit rumah dan penambahan gril di laluan koridor. Unit G-1-15 juga telah membuat halangan dengan memasang gril dan penambahan lantai mozek dihadapan rumah.

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI FLAT TAMAN SRI BEREMBANG, PELABUHAN KLANG.



Aduan : Salahguna bangunan.


Lokasi Aduan : Tingkat 1, unit no.3, Blok D, Flat Tmn Sri Berembang


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 10/10/2012 @ 03.30 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan di lokasi seperti yang dinyatakan berdasarkan maklumat yang diterima, pihak kami mendapati aduan tersebut adalah benar. Pemerhatian pihak kami, unit yang disebutkan telah menjalankan aktiviti perniagaan di dalam kawasan flat dan telah menyalahgunakan unit kediaman untuk dijadikan sebagai tempat untuk berniaga.Pengadu telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak Majlis, tetapi tiada tindakan yang sewajarnya diambil oleh pihak Majlis. Pengadu juga memberitahu, aktiviti perniagaan beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam dan menyebabkan kacau ganggu kepada jiran yang tinggal berdekatan unit tersebut.

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI ANTARA JALAN SAMA GAGAH 16 & JALAN SAMA GAGAH 22, TAMAN TELUK GEDONG INDAH, PELABUHAN KLANG.




Aduan : Pembinaan kuil haram di kawasan lapang.


Lokasi Aduan : Jalan Sama Gagah 16 & Jalan Sama Gagah 22, Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 10/10/2012 @ 03.20 p.m


Ringkasan Laporan :

Satu lawat periksa telah dilakukan di lokasi seperti yang dinyatakan berdasarkan maklumat yang diterima, pihak kami mendapati aduan tersebut adalah benar. Didapati terdapat dua struktur binaan berupa kuil dan tokong yang dibina di kawasan tanah lapang bersebelahan tangki simpanan air SYABAS. Pihak kami mengesyaki binaan tersebut tidak mendapat kelulusan pihak majlis dan pihak berkuasa yang terlibat.

LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI FLAT MAWAR & CEMPAKA, BANDAR BARU KLANG.



Aduan : Aduan berkenaan penyelenggaraan rumah sampah.


Lokasi Aduan : Flat Mawar & Cempaka, Bandar Baru Klang


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 12/07/2012 @ 4.20 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan di lokasi seperti yang dinyatakan bedasarkan maklumat yang diterima, pihak Majlis bersetuju akan membaiki dan membina semula rumah sampah sediada yang telah rosak. Pihak kami juga dimaklumkan, pihak Majlis akan membekalkan 2 unit tong sampah kepada JMB Flat Mawar & Cempaka bagi menampung jumlah sampah yang makin bertambah di kawasan tersebut. Pihak kami juga mendapat aduan berkenaan isu parking yang masih belum mendapatkan jalan penyelesaian sehingga kini.











LAPORAN LAWAT PERIKSA ADUAN DI APARTMENT KLANG JAYA, TAMAN KLANG JAYA, KLANG.



Aduan : Aduan berkenaan penyelenggaraan rumah sampah.


Lokasi Aduan : Apartment Klang Jaya, Lorong Selampit 18A, Taman Klang Jaya.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 12/07/2012 @ 12.40 p.m


Ringkasan Laporan :

Lawat periksa telah dilakukan di lokasi aduan dan pemerhatian pihak kami mendapati struktur rumah sampah yang telah dirobohkan dan berkemungkinan akan dibina semula oleh pihak yang bertanggungjawab. Tong sampah juga dikongsi bersama dengan pemilik unit-unit kedai di kawasan sekitar dan menyebabkan tong sampah sentiasa penuh. Pihak kami mencadangkan agar pihak pemaju ataupun pihak Majlis membina sebuah lagi rumah sampah khusus untuk penghuni apartment bagi tidak menjadi pertikaian penduduk di situ.