30/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI TAMAN PENDAMAR INDAH 2, PELABUHAN KLANG.

Aduan : Salah guna petak parkir kereta


Lokasi Aduan : Apartment Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 24/11/2011 @ 10.00 p.m


Ringkasan Laporan : Pihak kami telah membuat lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan mendapati, beberapa orang penghuni meletakkan kon, kerusi plastik, pasu bunga, meja, ampaian baju dan motosikal sebagai penghadang untuk mengelakkan penghuni lain parkir di kawasan parkir mereka. Walaubagaimanapun, perkara ini di dalam bidang kuasa pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) Apartment Taman Pendamar Indah 2 dan pihak kami mencadangkan agar pengadu membuat surat kepada pihak JMB untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI FLAT SRI BAHTERA, BANDAR ARMADA PUTRA, PULAU INDAH.

Aduan : Salah guna petak parkir kereta


Lokasi Aduan : Blok F, Flat Sri Bahtera, Jalan Sg. Chandong 9, Bandar Armada Putra


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 24/11/2011 @ 3.50 p.m


Ringkasan Laporan : Pihak kami telah membuat lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan mendapati, beberapa orang penghuni telah menyalahgunakan parkir kereta untuk meletakkan motosikal mereka. Mereka memberikan alasan, parkir motosikal yang sediada tidak mencukupi dan tidak selamat untuk mereka meletakkan motosikal. Walaubagaimanapun, perkara ini terletak di dalam bidang kuasa pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi menentukan garis panduan ataupun (House Rules) Flat Sri Bahtera dan pihak kami mencadangkan agar pengadu membuat surat kepada pihak JMB untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan masalah tersebut.

29/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI APARTMENT KLANG JAYA, TAMAN KLANG JAYA.





Aduan : Unit rumah diubahsuai menjadi kedai runcit.


Lokasi Aduan : A-G-12, Blok A, Apartment Klang Jaya, Lorong Selampit 18A, Taman Klang Jaya


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 27.09.2011 @ 03.55 p.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang di nyatakan dan pemerhatian pihak kami mendapati unit A-G-12 telah melakukan pengubahsuaian bangunan daripada unit kediaman menjadi kedai runcit.  Pemerhatian pihak kami juga, terdapat beberapa unit kediaman telah melakukan penambahan struktur bangunan tanpa kelulusan pihak MPK.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI SRI AYU, BANDAR PUTERA












Aduan : Mengubahsuai bangunan tanpa kebenaran


Lokasi Aduan : Jalan Kebun nenas, Bandar Putera, Klang


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 08/08/2011 @ 10.34 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan dan pemerhatian pihak kami, mendapati dua buah rumah telah menjalankan kerja-kerja mengubahsuai di bahagian ruang belakang rumah yang sepatutnya memang tidak dibenarkan kerana ia di bina di kawasan ruang guna sama. Tinjauan pihak kami juga, kebanyakan pemilik-pemilik unit telah membuat saluran pintasan dari sinki dapur ke longkang utama. Terdapat dua unit restoran mamak yang telah membuat penambahan dan pengubahsuaian bangunan  bagi memudahkan mereka menyimpan barangan restoran.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI BANGUNAN TIGA TINGKAT, LORONG SUNGAI 4, JALAN TEPI SUNGAI.











Aduan : Longgokan sampah di unit atas bangunan


Lokasi Aduan : Restoran Taman Wangi, No. 1774 Tingkat Bawah, Jalan Tepi Sungai.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 21/09/2011 @ 3.15 p.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan dan pemerhatian pihak kami mendapati ruang koridor telah dijadikan tempat pembuangan sampah oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Saluran air hujan juga turut tersumbat dengan pelbagai objek dan menyebabkan kawasan koridor akan dipenuhi air hujan dan keadaan tersebut menyebabkan aliran air hujan melalui tangga bangunan dan mengalir mengenai unit-unit yang di bawah. Mohon pihak yang berkenaan mengambil tindakan yang sewajarnya.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI VILLA SENTOSA, TAMAN SENTOSA


Aduan : Keretakan di bahagian bawah bangunan Blok A dan Blok B.


Lokasi Aduan : Pangsapuri Villa Sentosa, Jalan Dato’ Yusof Shahbudin 3, Taman Sentosa, Klang


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 20/09/2011 @ 11.16 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan dan pemeriksaan pihak kami mendapati sekeliling bawah blok bangunan di dapati retak. Tetapi, keretakan tersebut tidak menjejaskan struktur bangunan dan tidak membahayakan keselamatan penghuni pangsapuri. Pihak pengadu telah banyak membuat aduan kepada pihak pengurusan bangunan dan pemaju tentang masalah tersebut, tetapi tiada tindakan susulan yang dibuat oleh mereka. Pihak COB memaklumkan, perkara ini melibatkan struktur bangunan dan pihak pemaju atau pihak Pengurusan Bangunan yang perlu membuat pembaikan yang sewajarnya dan menyelesaikan masalah tersebut.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI PALMA, BANDAR BOTANIK






Aduan : Pemasangan pagar besi di hadapan pintu rumah.


Lokasi Aduan : Pangsapuri Palma, C-3A-02A, Tingkat 4.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 24/08/2011 @ 10.16 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan dan pemerhatian pihak kami, mendapati unit C-3A-02A telah membuat satu halang di kawasan ruang guna sama iaitu bersebelahan dengan unit pengadu. Pemilik tersebut telah memasang pagar besi sehingga membuatkan ruang laluan keluar masuk ke unit pengadu menjadi sempit dan menyukarkan aktiviti harian pengadu. Pengadu mohon agar di ambil tindakan yang sewajarnya.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI TYPE TIOMAN TAMAN SRI NELAYAN TELOK GONG, PORT KLANG







Aduan : Pemaju mencabut meter air dan elektrik.


Lokasi Aduan : B-L2-01, Type Tioman Taman Sri Nelayan Telok Gong, Port Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 01/08/2011 @ 10.15 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan dan pemerhatian pihak kami, meter air pengadu telah dicabut oleh pihak pemaju. Menurut pengadu, pihak pemaju tidak berpuas hati dengan tindakan pengadu yang mengadukan beberapa perkara berkaitan masalah projek yang dibangunkan oleh pihak pemaju, Sheikh Mah development Sdn Bhd yang beralamat No.16, Jalan Murni 1/2, Taman Langat Murni, 42700 Banting, Selangor kepada pihak Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Oleh itu, pihak pemaju tidak berpuas hati di atas tindakan pengadu dan pemaju telah mencabut meter air dan elektrik di unit pengadu. Pihak pengadu juga khuatir bangunan yang diduduki masih belum mempunyai Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun pemaju sudah membuat penyerahan kunci kepada pembeli.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI KELOMPOK CAMAR, BANDAR SULTAN SULAIMAN






Aduan : Gangguan bau najis kucing.

Lokasi Aduan : No. 2-1, Blok B, Pangsapuri Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 01/08/2011 @ 10.15 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan dan pihak kami mendapati terdapat beberapa ekor kucing di kawasan seperti yang dinyatakan. Pemerhatian pihak kami, terdapat sangkar kucing dan tempat pembuangan najis kucing di hadapan rumah yang dimaksudkan pemilik. Walaubagaimanapun, terdapat najis kucing yang bertaburan di kawasan tangga dan koridor pangsapuri. Pihak pengadu memaklumkan, penghuni di tingkat 2, Blok B tidak tahan dengan bau najis kucing tersebut dan beberapa kali telah menasihat pemilik kucing tersebut agar tidak membela binatang peliharaan di dalam kawasan pangsapuri tetapi tidak diendahkan oleh pemilik kucing berkenaan. Pihak kami akan memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Kesihatan Majlis untuk diambil tindakan selanjutnya.

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI RUMAH KEDAI JALAN DATO’ DAGANG 31, TAMAN SENTOSA, KLANG












Aduan : Kebocoran saluran kumbahan dan pembiakan nyamuk.


Lokasi Aduan : No.59A, Jalan Dato’ Dagang 31, Taman Sentosa, Klang.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 03/08/2011 @ 10.46 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan dan pihak kami mendapati terdapat kebocoran pada lantai unit rumah atas pengadu dan kebocoran tersebut telah menyebabkan ruang berhadapan pintu dapur pengadu tidak dapat dibuka disebabkan bau busuk. Pengadu juga memaklumkan, terdapat pembiakan nyamuk di lokasi air bertakung itu. Pihak pengadu telah beberapa kali memaklukan perkara tersebut kepada pihak pemaju, iaitu BK Sentosa Sdn Bhd, namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak pemaju untuk menyelesaikan masalah penduduk di situ.