22/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Pendamar 7A, Pelabuhan Klang. - Rumah Kedai Taman Selat Selatan, Pandamaran. - Pangsapuri Suria Pendamar, Pandamaran - Pangsapuri Kasuarina, Bandar Botanik - Pangsapuri Palma, Bandar Botanik - Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Bukit Tinggi - Pangsapuri Tropika, Bandar Bukit Tinggi - Pangsapuri Villa Sentosa, Taman Sentosa - Pangsapuri Perdana Villa, Taman Sentosa

Lawatan tapak di buat pada 02/03/2011 bagi memantau dan menyelesaikan aduan-aduan yang diterima oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan. Berikut adalah skim-skim yang telah dipantau. :

Pangsapuri Pendamar 7A ;

Lawat periksa dibuat berdasarkan aduan daripada penduduk berkenaan kebocoran dan limpahan air dari saluran kumbahan di bawah pangsapuri. Walaubagaimanapun, setelah tinjauan dibuat, mendapati masalah masalah tersebut sudahpun diselesaikan oleh pihak JMB Pangsapuri Pendamar 7A dan segala kos pembaikan ditanggung sepenuhnya oleh JMB. Berkenaan aduan jalan yang mendap dan berlubang, pihak JMB juga telah membaiki keadaan jalan tersebut. Kos pembaikan juga ditanggung oleh pihak JMB.

Rumah Kedai Taman Selat Selatan, Pandamaran

Lawat periksa dibuat berdasarkan aduan daripada penduduk berkenaan kebocoran dan limpahan air dari saluran kumbahan daripada dalam unit yang menyebabkan unit tersebut dipenuhi air kumbahan dan berbau busuk. Air yang bertakung juga telah menyebabkan pembiakan nyamuk. kebanyakan meter air juga telah dicuri dan banyak kebocoran air berlaku. Ada juga segelintir penduduk yang mencuri air dari meter utama unit yang kosong. Keadaan pangsapuri juga tidak diurus dengan sempurna oleh pihak pemaju. Pihak COB akan menghantar surat tunjuk sebab kepada pihak pemaju berkenaan perkara berikut.

Pangsapuri Suria Pendamar, Taman Sentosa.

Lawat periksa dibuat untuk memantau dan mengumpul maklumat samada JMB berfungsi dengan sempurna atau sebaliknya. Dalam masa yang sama, pihak kami memantau kebersihan pangsapuri, mengumpul data samada pangsapuri menggunakan meter air pukal atau individu dan kekerapan pihak kontraktor pembersihan memungut sampah dan aduan-aduan yang lain. Pihak JMB memaklumkan bahawa mereka telah menerima 2 unit tong sampah daripada pihak Majlis dan masih menunggu 1 unit lagi tong sampah dari pihak Majlis.

Pangsapuri Kasuarina, Bandar Botanik

Lawat periksa dibuat untuk memantau dan mengumpul maklumat samada JMB berfungsi dengan sempurna atau sebaliknya. Hasil dari lawat periksa pihak kami, pihak pengurusan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dengan baik dan pemerhatian pihak kami mendapati kawasan pangsapuri dalam keadaan bersih. JMB juga menjalankan fungsi mereka dengan baik.




Pangsapuri Palma, Bandar Botanik

Lawat periksa dibuat untuk memantau dan mengumpul maklumat samada JMB berfungsi dengan sempurna atau sebaliknya. Pemerhatian pihak kami mendapati sampah tidak dipungut dan berselerakan di luar tong sampah. Terdapat juga unit-unit rumah membuat kerja-kerja ubahsuai rumah tanpa kelulusan daripada pihak majlis dan ada pihak individu yang membina kuil kekal di ruang guna sama (common property). Pihak COB telah memaaklumkan kepada pihak pengurusan dan pihak JMB agar tindakan susulan dapat di ambil.

Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Bukit Tinggi.

Lawat periksa dibuat untuk memantau dan mengumpul maklumat samada JMB berfungsi dengan sempurna atau sebaliknya. Dari pemerhatian pihak kami, mendapati sampah tidak dipungut dan dibiarkan beselerakan diluar tong sampah. Sampah-sampah pukal juga dibiarkan di dalam dan di luar rumah sampah. Terdapat beberapa ekor anjing liar yang menggonggong sampah2 yang diletakkan di luar tong sampah. Disampaing itu juga, terdapat unit rumah yang di jadikan rumah ibadat (Tokong Cina) dan diubah suai tanpa kelulusan oleh pihak Majlis.

Pangsapuri Tropika, Bandar Bukit Tinggi

Lawat periksa dibuat untuk kerja-kerja pemantauan berkala pihak COB uktuk memastikan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan pangsapuri dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak JMB. Pihak COB juga dalam proses untuk kerja-kerja pengumpulan maklumat lengkap berkenaan pangsapuri yang berada di bawah selenggaraan kawasan Majlis.

Pangsapuri Villa Sentosa, Taman Sentosa

Lawat periksa dibuat berdasarkan aduan yang diterima oleh pihak kami dari salah seorang penghuni disitu berkenaan kebocoran tangki air yang terletak diatas pangsapuri. Hasil dari lawatan oleh pihak kami mendapati aduan tersebuat adalah benar dan ternyata keadaan tangki yang tidak diselenggara dengan elok sehingga menyebabkan kebocoran yang serius pada tangki air tersebut. Dinding besi yang telah mengelembung dan skru pengikat dinding besi tersebut yang hampir tercabut amat merbahaya kepada unit-unit di tangkat atas jika tangki tersebut pecah. Pihak penduduk telah membuat aduan kepada pihak pemaju, (Pembinaan Kesentosaan Sdn Bhd) tetapi tiada tindakan susulan yang diambil oleh pihak yang berkaitan.

Pangsapuri Perdana Villa, Taman Sentosa

Lawat periksa dibuat berdasarkan aduan yang diterima oleh pihak kami yang menyatakan kutipan sampah yang tidak berjadual dan system keselamatan yang kurang efisyen. Setelah pemantauan dibuat, didapati auan tersebut adalah benar. Tong sampah yang sudah penuh dan sampah-sampah yang berselerakan di luar tong sampah. Terdapat juga lori-lori yang diletak didalam kawasan pangsapuri. Dari segi keselamatan di pondok pengawal, tiada pemeriksaan yang dibuat dengan teliti pada kenderaan yang keluar masuk kawasan pangsapuri.