14/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI APARTMENT KLANG JAYA




Lawatan tapak telah dibuat di Apartment Klang Jaya pada 22/04/2010 bersama Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan.

Tujuan Lawat periksa dibuat adalah bagi pengumpulan data dan pemantauan kawasan tersebut. Hasil lawat periksa itu didapati kawasan pangsapuri dijaga dengan baik tetapi terdapat juga sedikit masalah yang timbul seperti rumah sampah terletak di luar kawasan pangsapuri. Ini menyebabkan orang yang bukan penghuni pangsapuri juga turut membuang sampah di situ. Selain itu, lampu di taman permainan juga terpasang pada waktu siang. Terdapat juga unit rumah yang menjual pelbagai makanan ringan kepada penghuni di situ.