22/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Taipan, Bandar Armada Putra - Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Bukit Tinggi - Pangsapuri Aman Perdana, Aman Perdana Meru











Lawatan tapak di buat pada 24/02/2011 bagi memantau dan menyelesaikan aduan-aduan yang diterima oleh pihak Pesuruhjaya Bangunan. Berikut adalah skim-skim yang telah dipantau. :

Pangsapuri Taipan, Bandar Armada Putra.

Pihak Jabatan Kejuruteraan telah memaklumkan kepada pihak kami akan mengadakan satu perjumpaan bersama pihak SYABAS Klang bagi membincangkan berkenaan peruntukan daripada kerajaan negeri berjumlah RM40,000.00 bagi kerja-kerja pemasangan paip pintas ke unit-unit rumah di Pangsapuri Taipan. Walaubagaimanapun, pihak kami masih menunggu laporan dan maklumbalas daripada pihak Jabatan Kejuruteraan untuk tindakan seterusnya.

Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi 2, Bandar Bukit Tinggi.

Lawat periksa bersama Ahli Majlis MPK, Yew Boon Lye berkenaan aduan penduduk yang menyatakan tentang kenaikan yuran penyelenggaraan sebanyak RM99.00 sebulan. Walaubagaimapun, setelah pihak kami berjumpa dengan pihak pemaju, pihak pemaju menjelaskan bahawa yuran sebanyak RM99.00 sebulan itu tidak benar. RM99.00 yang dikira adalah untuk bayaran 3 bulan yang dikira sekali di dalam resit pengadu. Pihak pemaju juga telah memaklumkan kepada pihak penduduk berkenaan perkara tersebut.


Pangsapuri Aman Perdana, Meru.

Lawat periksa dibuat berdasarkan aduan daripada penduduk berkenaan kehadiran pendatang asing yang banyak menghuni di pangsapuri tersebut.  pengadu juga telah banyak kami menyuarakan perkara ini kepada pihak pengurusan tetapi tiada tindakan yang diambil. Pengadu bimbang jika terjadinya perkara yang tidak di ingini berlaku jika tiada penguatkuasaan dibuat ke atas mereka.