23/05/2012

LAPORAN LAWATAN DI PANGSAPURI SRI AYU, BANDAR PUTERA




Satu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Putera pada 24/03/2011 pada jam 10.00 a.m berkenaan aduan daripada salah seorang penghuni di situ. Pengadu menyatakan restoran telah menggunakan lot parking kereta penduduk dan ini telah menghalang pemilik lot parking untuk menggunakannya. Terdapat juga struktur binaan tanpa kebenaran pihak majlis dibina di bahagian belakang restoran dan digunakan sebagai stor penyimpanan barang milik restoran tersebut.Pihak kami juga dimaklum bahawa, saluran longkang di belakang kedai dan berhadapan unit rumah kerap tersumbat disebabkan pihak pemilik restoran menyalurkan sisa minyak dan bahan buangan ke dalam saluran longkang tersebut dan menyebabkan ia tersumbat. Pengadu juga menyatakan terdapat penghuni unit yang tergelincir ketika melalui kawasan tersebut. Ada juga penghuni yang jatuh sakit disebabkan tahap kebersihan restoran yang kurang memuaskan. Sampah juga tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak pengurusan JMB.