13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Taman Berembang,Port Klang - Pangsapuri Villa Sentosa, Taman Sentosa - Pangsapuri Bukit Kuda, Klang









Satu lawat periksa telah dilakukan pada 17/3/2010 berhubung aduan yang di terima di lokasi-lokasi berikut :-

Pangsapuri Taman Berembang,Port Klang
- Aduan terdapat pondok-pondok haram yang dibina oleh pendatang asing bersebelahan Blok D dan telah menyebabkan kacau ganggu di waktu malam. Ada di antara mereka meneguk minuman keras dan membuang botol-botol tersebut di sekitar kawasan itu. Terdapat juga gerai-gerai haram yang di dirikan di kawasan tersebut dan kewujudan kuil hindu yang dibina di kawasan meletak kenderaan.

Pangsapuri Villa Sentosa, Taman Sentosa
- Aduan berkenaan pondok Pengawal Keselamatan yang telah usang dan perlu di perbaiki oleh pihak pengurusan bangunan. Selain itu, rumput dan lalang yang tidak dipotong dan menyebabkan keadaan pangsapuri dalam keadaan semak samun. Taman permainan yang terbiar dan tidak di selenggara menyebabkan lalang dan rumput tumbuh di kawasan itu. Pagar di pangsapuri juga rosak. Terdapat tokong dan kuil haram yang dibina di kawasan tempat letak kenderaan penghuni.

Pangsapuri Bukit Kuda, Klang
- Aduan daripada salah seorang pemilik unit kedai dimana bekalan air di unit kedai tersebut telah dipotong oleh Badan Pengurusan Besama (JMB) kerana pemilik premis mempunyai tunggakan hutang lama yang masih belum dijelaskan oleh penyewa lama.