11/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI MAWAR DAN CEMPAKA BANDAR BARU KLANG


Satu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Mawar dan Cempaka pada 13/10/2009 jam 11.15 a.m berhubung aduan berkenaan lif rosak di pangsapuri tersebut.

Hasil daripada lawat periksa kami bersama wakil pemaju iaitu En.Ruslan Henry daripada Daya Tarikan Sdn Bhd menjelaskan, punca masalah ini berlaku kerana disebabkan penghuni sendiri yang tidak membayar wang penyelenggaraan.Berdasarkan pemeriksaan kami didapati cuma terdapat satu lif saja di Blok Cempaka yang berfungsi dengan elok daripada tiga lif yang terdapat di situ dan di Blok Mawar, hanya satu lif saja yang berfungsi daripada dua lif yang ada.










Beliau juga mejelaskan, Badan Pengurusan Bersama bagi Blok Mawar & Cempaka tidak berfungsi sepenuhnya. Keadaan pangsapuri juga tidak diselenggara dengan sepenuhnya walaupun terdapat tukang sapu dan tukang cuci.