23/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Impian Sentosa, Taman Sentosa - Pangsapuri Villa Sentosa, Taman Sentosa - Pangsapuri Kg. Raja Uda


Lawat periksa telah dilakukan pada 30/3/2011 berhubung aduan yang di terima di lokasi-lokasi berikut :-

Pangsapuri Impian Sentosa, Taman Sentosa
- Aduan terdapat pondok-pondok haram yang dibina oleh pendatang asing bersebelahan Blok D dan telah menyebabkan kacau ganggu di waktu malam. Ada di antara mereka meneguk minuman keras dan membuang botol-botol tersebut di sekitar kawasan itu. Terdapat juga gerai-gerai haram yang di dirikan di kawasan tersebut dan kewujudan kuil hindu yang dibina di kawasan meletak kenderaan.

Pangsapuri Villa Sentosa, Taman Sentosa
- Aduan berkenaan pondok Pengawal Keselamatan yang telah usang dan perlu di perbaiki oleh pihak pengurusan bangunan. Selain itu, rumput dan lalang yang tidak dipotong dan menyebabkan keadaan pangsapuri dalam keadaan semak samun. Taman permainan yang terbiar dan tidak di selenggara menyebabkan lalang dan rumput tumbuh di kawasan itu. Pagar di pangsapuri juga rosak. Terdapat tokong dan kuil haram yang dibina di kawasan tempat letak kenderaan penghuni. Pihak pengurusan (Robihat Jaya Sdn Bhd) tidak menyelenggara pangsapuri dengan berkesan dan ini menyebabkan penduduk tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pihak pengurusan. Penyelenggaraan lif yang tidak berjadual juga merisaukan penduduk yang rata-rata khuatir sesuatu perkara buruk akan berlaku kepada mereka. Sehubungan itu, pihak kami akan meminta penjelasan daripada pihak pemaju, Pembinaan Kesentosaan dan pihak pengurusan, Robihat Jaya Sdn Bhd berkenaan status permasalahan tersebut. Pihak COB juga akan memantau dan membantu pihak penduduk.

Pangsapuri Kg. Raja Uda
- Lawat periksa dibuat bagi memastikan penyelanggaraan bangunan dibuat dengan sebaiknya oleh pihak pengursan bangunan. Walaubagaimanapun, semasa lawat periksa dijalankan, sampah tidak dikutip dan berselerakan di luar tong sampah. Pihak COB juga membuat pemeriksaan dan pengumpulan maklumat berkenaan pengunaan meter air samada ia menggunakan meter air pukal ataupun meter air individu.