10/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI TAMAN PENDAMAR INDAH 2

Satu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Taman Pendamar Indah II pada 22/06/2009.

Tujuan lawat periksa dan perjumpaan bersama Pengerusi pangsapuri tersebut iaitu En. Mohd Rizal Bin Sulaiman adalah bertujuan untuk menerangkan berkenaan salinan-salinan dokumen yang perlu dihantar kepada pihak Pesuruhjaya Bangunan untuk mengesahkan mesyuarat penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) bagi Pangsapuri Taman Pendamar Indah II.

Sehubungan itu, pihak JMB Pangsapuri Taman Pendamar Indah II akan menghantar salinan-salinan dokumen yang berkenaan secepat mungkin bagi mengesahkan mesyuarat tersebut dan seterusnya mempercepatkan proses pengeluaran sijil Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Taman pendamar Indah II.