10/05/2012

PERBINCANGAN BERSAMA PENGERUSI JMB TAMAN PERMAI INDAH, PELABUHAN KLANG

Pada tarikh 22/06/2009, pihak kami telah membuat satu lawatan dan perjumpaan bersama pengerusi JMB Pangsapuri Taman Permai Indah Blok C & D iaitu En. Nor Shabudin Bin Monil yang bertempat di pejabat pengurusannya di bawah blok C.

Tujuan perjumpaan tersebut dibuat adalah untuk membincangkan jika terdapat masalah-masalah yang timbul yang berkaitan dengan pengurusan dan penyenggaraan bangunan. Dalam perjumpaan itu, pengerusi JMB telah menyuarakan beberapa masalah dan aduan yang di ajukan oleh penduduk kepada pihak pengurusan JMB.

Pihak JMB juga telah menyuarakan beberapa masalah berkenaan penduduk yang enggan membayar yuran penyenggaraan bangunan dan juga berkenaan isu tokong haram yang dibina di atas tapak mereka. Tindakan berkenaan kes tersebut juga sedang di ambil untuk merobohkan atau memindahkan tokong tersebut