22/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Mawar & Cempaka, Bandar Baru Klang













Satu lawat periksa telah dilakukan pada 18/02/2011 adalah bertujuan pemantauan kawasan  di lokasi berikut :-

Pangsapuri Cempaka ;

Lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Cempaka berkenaan permasalahan lif yang masih belum dibaiki oleh pihak penyelenggaraan dan pengurusan bangunan, Daya Tarikan Sdn. Bhd. Setelah pemantauan dibuat, didapati hanya satu lif berfungsi daripada tiga lif yang sedia ada. Keadaan pangsapuri juga kelihatan tidak diselenggara dengan baik.

Pangsapuri Mawar ;

Lawat periksa telah dibuat bagi tujuan pemantauan kawasan dan didapati keadaan pangsapuri tidak diselenggara oleh pihak pengurusan bangunan. Khidmat lif juga tidak memuaskan hati penduduk kerana hanya terdapat satu lif saja yang berfungsi daripada dua lif yang sedia ada.

Didapati bumbung kedua-dua blok pangsapuri juga banyak yang sudah reput dan berlubang. Pihak pemaju tidak mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memperbaiki kerosakan tersebut. Taman permainan yang terdapat di kedua-dua pangsapuri juga tidak di selenggara. Pihak pengadu berharap pihak pemaju mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum terjadinya perkara yang lebih buruk kepada penghuni Pangsapuri Mawar dan Cempaka.