25/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI APARTMENT SRI BAYU, BANDAR ARMADA PUTRA, PULAU INDAH.









Aduan : Pemantauan berkala.


Alamat Aduan : Apartment Sri Bayu, Bandar Armada Putra,42920 Pulau Indah.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 09/06/2011 @ 11.11 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi seperti yang dinyatakan dan terdapat keretakan pada lantai apron di bahagian tepi bangunan dan beberapa bahagian dinding bangunan. Pihak kami telah membuat surat meminta penjelasan berkenaan perkara tersebut daripada pemaju (Brisdale Holding) tetapi pihak kami dimaklumkan bahawa syarikat tersebut sudah muflis. Oleh itu pihak kami telah menghantar surat kepada JMB Pangsapuri Sri Bayu berkenaan perkara tersebut masih belum ada maklumbalas daripada pihak JMB. Tinjauan pihak kami, masih terdapat struktur binaan yang terbengkalai bersebelahan pangsapuri dan masih menjadi tanda tanya. Terdapat juga gerai yang didirikan bersebelahan pondok pengawal yang tidak diketahui status gerai berkenaan samada sudah mendapat kebenaran pihak Majlis ataupun belum.