23/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Palm Garden, Bandar Baru Klang











Lawat periksa telah dibuat pada 7/3/2011 bedasarkan aduan penghuni yang tidak berpuas hati terhadap pengurusan bangunan, Daya Tarikan Sdn Bhd.

Hasil daripada lawatan pihak kami mendapati lif utama pangsapuri tidak berfungsi. Lif bomba boleh berfungsi tetapi tdidak boleh menampung penumpang yang ramai. Beliau mengadu pintu Autogate tidak berfungsi tetapi pemerhatian pihak kami Autogate boleh berfungsi tetapi jika berlaku hujan lebat,pintu Autogate akam bermasalah.Beliau menyatakan terdapat ramai warga asing yang menghuni di situ. Kecurian kabel telefon juga berlaku di kawasan pangsapuri sehingga ada penghuni yang hendak memohon talian telefon tidak dapat berbuat demikian kerana kabel telefon tiada.. Kawasan parkir kereta juga yang bocor tidak diambil tindakan oleh pihak pengurusan. Walaubagaimanapun, pihak kami akan memantau dari masa ke semasa aduan tersebut dan akan menghantar surat tunjuk sebab kepada pihak pengurusan bangunan.