10/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI PENDAMAR 7B




Suatu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Pendamar B pada 04/05/2009 berhubung aduan penghuni berhubung pengurusan dan keselamatan di pangsapuri tersebut.

Hasil daripada lawat periksa dan perjumpaan bersama salah seorang pengadu iaitu En.Roslan, di dapati keadaan pangsapuri dalam keadaan kotor, JMB yang tidak berfungsi, anjing liar yang berkeliaran, En. Roslan juga memberitahu, kerja-kerja pembaikan yang dijanjikan oleh pemaju tidak dilaksanakan kerana sikap penduduk yang tidak membayar yuran penyenggaraan. Terdapat juga kedai yang menjual minuman keras tanpa lesen, kerosakan lif yang tidak diperbaiki, kenderaan berat seperti bas dan lori juga memasuki kawasan pangsapuri dengan sesuka hati yang mungkin akan merosakkan jalan masuk dan jalan-jalan yang di sekitarnya. Terdapat juga aduan yang menyatakan penghuni di unit 7B/R6/12 yang membela anjing di dalam rumah dan  ini menyebabkan gangguan terhadap penghuni yang berdekatan.