11/03/2014

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERBADANAN PENGURUSAN (MC) PRIMA BAYU APARTMENT, TAMAN BAYU PERDANA, KLANG

Lokasi : Dewan Serbaguna Apartment Prima Bayu, Taman Bayu Perdana
Tarikh : 23.2.2014
Masa : 2.30 Ptg.

Laporan ringkas :

Mesyarat bermula jam 3.00 ptg dan seramai 60 pemilik unit apartment telah hadir ke mesyuarat AGM Perbadanan. Antara perkara-perkara yang dibentang dan dibincangkan semasa AGM.
 1. Laporan Kewangan (Management Account)
2. Peraturan Dalaman (House Rules).
  1. Caj "Claimping" terhadap kenderaan yang tidak mematuhi arahan dan peraturan di dalam kawasan apartment.
  2. Insentif tambahan kepada pengawal keselamatan.
  3. Caj bagi aktiviti perpindahan rumah
Pihak COB meninggalkan mesyuarat pada jam 5.00 ptg selepas mendapati mesyuarat berlangsung dengan aman dan harmoni.














10/03/2014

Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Anugerah Komuniti Bestari ‘K-Star’ Pangsapuri Selangor 2013

KAJANG - Pada 2 Mac 2014 jam 8.30 pagi bertempat di Pusat Konvensyen Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Anugerah Komuniti Bestari ‘K-Star’ Pangsapuri Selangor 2013.

Y.A.B Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid bin Ibrahim mengingatkan tanggungjawab pihak pengurusan yang bukan sahaja mengutip yuran penyelengaraan tetapi harus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penduduk pangsapuri masing-masing. Beliau berucap ketika merasmikan majlis Perhimpunan Perdana Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) dan Anugerah Komuniti Bestari ‘K-Star’ Pangsapuri Selangor 2013 yang dihadiri kira-kira 200 hadirin terdiri daripada jawatankuasa pengurusan JMB dan MC pangsapuri di Selangor.  

Dalam majlis penyampaian anugerah itu, Pangsapuri Tun Teja, Rawang dipilih sebagai pemenang pertama bagi kategori ‘K-Star’ dan diikuti pemenang bersama tempat kedua, Pangsapuri Anggerik dan Pangsapuri Nusa Kurnia.  

Sementara itu, Pangsapuri Pendamar 7A, Klang dipilih PEMENANG bagi kategori CERIA manakala Pangsapuri Blok Mawar & Cempaka, Bandar Baru Klang memenangi hadiah Saguhati kategori CERIA dan diikuti Pangsapuri Kenanga, Kajang di tempat kedua, manakala Pangsapuri Sri Melewar pula dipilih sebagai pemenang anugerah khas juri ‘K-Star’.