26/09/2013

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA, PANGSAPURI PERDANA VILLA

Lokasi  : PANGSAPURI PERDANA VILLA

Aduan  : Penyelenggaraan Pangsapuri Kurang Memuaskan
Tarikh  : 27.8.2013

Masa     : 3.00 pg

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dijalankan berhubung aduan pelaksanaan penyelenggaraan Pangsapuri Perdana Villa kurang memuaskan. Hasil pemantauan yang dibuat mendapati terdapat sesetegah kawasan yang tidak dijaga seperti kolam renang, lif, jalan dan juga dewan. Menurut pihak ejen pengurusan pangsapuri tersebut, mereka tidak dapat menyenggara bangunan tersebut sepenuhnya. Kutipan wang penyelenggaraan kurang memberangsangkan kerana mereka juga baru sahaja mengambil alih pengurusan bangunan daripada G3 (Garisan Tiga Enterprise).






LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA, PANGSAPURI PALMA, BANDAR BOTANIK - 24.9.2013

Lokasi  : Pangsapuri Palma Blok D, Bandar Botanic
Aduan   : Saliran air hujan tersumbat
Tarikh  : 24.9.2013

Masa    : 11.00am

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Palma Blok D, berhubung aduan saliran air hujan tersumbat menyebabkan air bertakung dan membuat semua penduduk di tingkat bawah blok D berada dalam keadaan tidak selesa. Menurut salah seorang pemilik unit tersebut, masalah ini sudah lama di hadapi oleh penduduk. ini kerana sistem saliran sebenar yang sepatut digunakan kini tidak berfungsi seperti sediakala. Pekara tersebut berlaku disebabkan, penduduk Pangsapuri Palma blok D telah membuat ubahsuai pada saluran paip sinki terus ke paip saluran air hujan. Ini menyebabkan paip yang sepatutnya menggalirkan air hujan dipenuhi sisa makanan dan minyak masak dan perkara tersebut menyebabkan paip telah tersumbat dan tidak dapat menjalankan fungsi sebenarnya.







LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA, PANGSAPURI TAMAN PERMAI INDAH, PANDAMARAN JAYA

Lokasi  : Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran
Aduan   : Penyelenggaraan Tidak Memuaskan
Tarikh  : 23.9.2013

Masa    : 11.00am

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Permai Indah berhubung aduan penyelenggaraan bangunan tidak memuaskan. Lawat periksa yang dibuat mendapati ada beberapa buah lif tidak berfungsi terutama lif bomba. Pangsapuri Permai indah mempunyai 4 blok setiap blok mempunyai 2 buah lif satu lif utama dan satu lagi lif bomba. Hasil lawat periksa yang dibuat juga mendapati tedapat kerosakan pada bumbung rumah sampah. Terdapat dua buah rumah sampah di pangsapuri tersebut diantara blok A, B dan C, D. Selain itu, terdapat tokong-tokong yang dibina didalam kawasan pangsapuri. Pembinaan tokong tersebut membuatkan ketidakselesaan kepada penduduk pangsapuri tersebut.























LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA, PANGSAPURI AMAN PERDANA

Lokasi  : Pangsapuri Kos Rendah Aman Perdana
Aduan   : Kacau Ganggu Di Kaki Lima Blok A Dan B
Tarikh  : 14.9.2013

Masa    : 11.00am

Ringkasan Laporan :-

Satu lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Kos Rendah Aman Perdana berhubung kacau ganggu di kaki lima blok A dan B. Menurut pihak Badan Pengurusan Bersama (JMB) peringatan untuk mengalihkan barang-barang yang diletakkan di koridor blok A dan B telah dibuat tetapi ada juga segelintir penduduk tidak memandang serius dengan peringatan yang diberi oleh pihak JMB. Kacau ganggu yang dibuat oleh penduduk telah menyebabkan laluan koridor menjadi sempit.