24/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI SRI PERANTAU BLOK I, PELABUHAN KLANG




Satu lawat periksa telah dilakukan pada 29.04.2011 berkenaan aduan daripada pemilik rumah berkenaan kebocoran paip di dalam unit rumah pengadu.

Hasil lawat periksa ke lokasi aduan, terdapat palang besi didirikan di petak tempat letak kereta. Menurut penjelasan ketua blok, ia bertujuan untuk dijadikan tempat meletak motosikal. Ia berikutan banyak kes kehilangan motosikal berlaku. Tetapi pihak kami menasihat  agar diusul perkara ini kepada pihak pemaju (PKNS) untuk dipertimbangkan dan seterusnya dibina satu tempat letak motosikal yang baru.

Manakala, berkenaan aduan kehadiran tikus dan nyamuk, pihak kami telah memanjangkan aduan tersebut kepda jabatan yang berkaitan untuk tindakan lanjut.