13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA DI PANGSAPURI SRI PERANTAU, PELABUHAN KLANG


Satu lawat periksa telah dibuat di Pangsapuri Sri Perantau pada 30/03/2010 berhubung aduan dari Pengerusi JMB Blok B berhubung isu ketidakpuashatian terhadap pihak pengurusan dan penyelenggaraan di pangsapuri tersebut.

Hasil daripada lawat periksa dan perjumpaan bersama Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Blok B, En. Abdul Aziz dan tiga orang AJK JMB juga turut hadir. Dalam perjumpaan singkat tersebut, pelbagai isu telah dibangkitkan antaranya berkenaan status pelantikan ejen pengurusan yang menguruskan pangsapuri tersebut.

Sehubungan dengan itu, pihak COB mencadangkan agar pihak pengadu membuat satu laporan bertulis berkenaan isu tersebut. Pihak COB juga akan mengaturkan satu mesyuarat bersama di antara pihak pemaju, ejen pengurusan dan wakil-wakil JMB bagi menyelesaikan masalah ini.