22/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI TAMAN PERMAI INDAH, PANDAMARAN












Satu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran pada 18/02/2011 pada pukul 10.30 pagi.

Status lif di Pangsapuri Taman Permai Indah seperti di bawah :

Blok A : Lif Utama - Berfungsi                        Lif Bomba : Berfungsi
Blok B : Lif Utama – Berfungsi                       Lif Bomba : Tidak berfungsi
Blok C : Lif Utama – Berfungsi                       Lif Bomba : Tidak berfungsi
Blok D : Lif Utama – Tidak berfungsi              Lif Bomba : Tidak berfungsi

Antara aduan selain kerosakan lif di Pangsapuri Permai Indah ialah :

- Besi Penghadang longkang di sisi jalan Pangsapuri Taman Permai Indah telah reput.

   ulasan : Besi penghadang longkang tidak reput sebagaimana yang diadukan oleh pengadu tetapi besi penghadang jalan tersebut masih boleh digunakan cuma permukaan besi sudah berkarat kerana cat pada permukaan besi sudah terhakis dan perlu dicat baru.

- Pagar kawasan pangsapuri yang memisahkan kawasan pangsapuri dan taman permainan rosak teruk.

   ulasan : Tinjauan pihak kami, pagar disekeliling pangsapuri telah rosak teruk disebabkan oleh ada segelintir penduduk telah merobohkan pagar tersebut untuk di jadikan sebagai jalan pintas ke kawasan bersebelahan dan ke pekan pandamaran.

- Tiada penutup longkang berhampiran tempat letak kereta penduduk.

   ulasan : Pihak pengurusan telah memaklumkan kepada pihak kami bahawa penutup longkang telah hilang ketika masih dibawah pengurusan pihak pemaju. Pihak JMB telah menggantikan penutup longkang yang hilang itu, tetapi kes kehilangan masih tetap berlaku.

- Tong sampah telah reput dan tidak berganti menyebabkan sampah sarap berterbangan di depan pangsapuri dan tempat letak kereta.

   ulasan : Pihak JMB telah memohon 4 unit tong sampah baru daripada pihak MPK dan 3 unit telah di hantar pada bulan Januari 2011 dan pihak JMB masih menunggu 1 unit lagi tong sampah.

- Lampu di kawasan koridor tidak berfungsi.

   ulasan : Lampu di kawasan koridor tidak berfungsi kerana banyak kes kecurian kabel dan mentol lampu di kawasan pangsapuri tersebut. Namun begitu, pihak JMB telah memanggil kontraktor yang dilantik untuk membaiki dan menggantikan kabel yang telah rosak dan dicuri.

- Bekalan air tidak sampai ke unit-unit rumah di Blok D.

   ulasan : Bekalan air hanya sampai ke unit-unit rumah di tingkat 10 sahaja. Bekalan air unit di tingkat 9 dan kebawah tidak sampai