23/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Sri Bayu, Bandar Armada Putra








Pangsapuri Sri Bayu, Bandar Armada Putra ;

Lawat periksa telah dibuat pada 11/3/2011 berkenaan aduan keretakan pada struktur bangunan yang agak serius.

Hasil daripada lawatan pihak kami, aduan tersebut adalah benar dan terdapat keretakan pada lantai apron di bahagian tepi bangunan. Pihak kami telah membuat surat meminta penjelasan berkenaan perkara tersebut daripada pemaju (Brisdale Holding) tetapi pihak kami dimaklumkan bahawa syarikat tersebut sudah bankrup. Oleh itu pihak kami telah menghantar surat kepada JMB Pangsapuri Sri Bayu berkenaan perkara tersebut masih belum ada maklumbalas daripada pihak JMB. Tinjauan pihak kami, masih terdapat struktur binaan yang terbengkalai bersebelahan pangsapuri dan masih menjadi tanda tanya.