15/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Pelangi Heights, Jalan Batu 3 Lama - Pangsapuri Bukit Kuda, Jalan Keretapi Lama, Bukit Kuda


Satu lawat periksa telah dilakukan pada 15/12/2010 berhubung aduan yang di terima di lokasi-lokasi berikut :-

Pangsapuri Pelangi Heights, Jalan Batu 3 Lama

- Satu perjumpaan singkat telah diadakan bersama Ketua Bahagian Pesuruhjaya Bangunan dan wakil-wakil Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Pelangi Heights di pejabat pengurusan JMB Pangsapuri Pelangi Heights bagi membincangkan permasalahan berkenaan isu-isu seperti, kutipan wang penyelenggaraan, penstrukturan akaun penyelenggaraan dan isu-isu berkaitan penduduk. Pihak COB berharap agar pihak pengurusan dan pihak JMB dapat berkerjasama dan bertanggungjawab dalam memastikan keselesaan dan keselamatan penghuni terjaga. Perjumpaan berakhir pada pukul 3.45 petang.


Pangsapuri Bukit Kuda, Jalan Keretapi Lama, Bukit Kuda

- Lawat periksa dibuat adalah kerana pihak COB dijemput hadir oleh Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Bukit Kuda dan pihak Pengurusan Bangunan bagi membincangkan penggunaan sistem dalam talian ”online” untuk Pangsapuri Bukit Kuda bagi menyelaras dan memantapkan lagi sistem pentadbiran dan pengurusan bangunan Pangsapuri Bukit Kuda. Pihak JMB dan pihak pengurusan akan juga menyediakan satu sistem untuk kegunaan pihak COB memantau masalah-masalah berkaitan perumahan berstrata dikawasan Klang.