13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI KONDOMINIUM AMAZING HEIGHTS JALAN SUNGAI UDANG, KLANG



Lawat periksa tapak telah dilakukan pada 29.12.2009, jam 10.00 pagi berhubung dengan perkara pembesaran Surau Al-Amin.

Semasa lawat periksa tapak bersama dengan Tuan Hj.Mahat Bin Salih P.P.N, naib pengerusi surau dan En.Jalil Bin Bujang (setiusaha JMB Amazing Heights), beliau telah menunjukkan lokasi pembesaran surau Al-Amin di atas tapak tempat letak kereta dan ruang solat sedia ada serta pembinaan tandas baru dan tempat mengambil wuduk bagi surau tersebut.

Atas nasihat Ketua Bahagian COB, pihak COB meminta agar pihak JMB dan jawatankuasa surau membuat surat kepada pihak majlis di atas cadangan pembesaran surau tersebut dan bersama-sama ini dilampirkan minit mesyuarat surat Al-Amin.