25/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI TAIPAN, BANDAR ARMADA PUTRA, PULAU INDAH









Aduan : Kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan paip pintasan.


Alamat Aduan : Blok C, Sg.Chandong 19, Bandar Armada Putra,42920 Pulau Indah.


Tarikh / Masa Lawat Periksa : 06/06/2011 @ 11.50 a.m


Ringkasan Laporan :
Pihak kami telah melakukan lawat periksa ke lokasi aduan seperti yang dinyatakan di dalam aduan yang diterima oleh pihak Jabatan dan mendapati kerja-kerja pemasangan paip pintasan sedang dilakukan oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh pihak Majlis. Semasa lawatan tersebut, beberapa orang pekerja sedang memasang besi untuk menempatkan batang paip pintasan di sekeliling bangunan blok C. Walaubagaimanapun, pihak kontraktor tidak memaklumkan kepada pihak kami tarikh sebenar kerja-kerja pemasangan tersebut akan siap tetapi pihak kontraktor akan memaklumkan kepada pihak COB dari masa ke semasa perkembangan kerja tersebut sehingga siap.