13/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI PANGSAPURI BANDAR BUKIT TINGGI 1



Satu lawat periksa telah dilakukan pada 5/1/2010 berhubung isu pengurusan dan penyelenggaraan di pangsapuri tersebut.

Semasa lawat periksa tersebut diadakan, pihak COB telah berjumpa dengan En.Mohd Shariff Bin Dollah (Jawatankuasa JMB Blok H), Puan Hapsah Binti Mahidin (Jawatankuasa Blok G) dan En.Hafiz Bin Hj. Ismail (Setiusaha Surau Al-Mizan Blok C). Mereka tidak berpuas hati  dengan pihak pengurusan dan telah membuat aduan seperti tong sampah tidak mencukupi, dinding rumah sampah telah roboh dan lampu kecemasan dan lampu di tempat letak motosikal tidak dibaikpulih.

Pihak JMB juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPK di atas kerja-kerja pemotongan pokok dan  keadaan kawasan pangsapuri dalam keadaan baik.