22/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA DI PANGSAPURI AMBELINK, JALAN HULUBALANG 29, TAMAN SENTOSA, KLANG






Satu lawatan tapak telah dibuat di Pangsapuri Ambelink, Jalan Hulubalang 29, Taman Sentosa, Klang pada 08/02/2011 jam 11.00 pagi.

Lawat periksa dibuat bagi mengenalpasti dan menyelesaikan aduan penghuni yang menyatakan banyak unit kosong yang dijadikan tempat pembuanagan sampah. Tinjauan pihak kami mendapati memang terdapat banyak unit-unit kosong yang di jadikan tempat untuk membuang sampah dan di jadikan tempat untuk beristirehat oleh penghuni lain. Walaubagaimanapun, di maklumkan bahawa perkara ini terletak diluar bidang kuasa pihak kami kerana ia melibatkan keselamatan dan kebersihan pangsapuri dan menjadi tanggungjawab pihak pemaju untuk memastikan bangunan milik mereka diselenggara dan dijaga dengan baik.