22/05/2012

LAPORAN LAWAT PERIKSA TAPAK DI SKIM STRATA BERIKUT: - Pangsapuri Mawar & Cempaka, Bandar Baru Klang - Pangsapuri Dahlia, Bandar Baru Klang









Satu lawat periksa telah dilakukan pada 4/3/2011 adalah bertujuan pemantauan kawasan  di lokasi berikut :-

BBK Kondominium, Bandar Baru Klang ;

Lawat periksa telah dibuat di bagi tujuan pemantaun berkala bagi meninjau kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaran kondominium BBK. Dari segi persekitaran kondominium, pokok-pokok yang besar tidak diselenggara sehingga dikhuatiri boleh mendatangkan bahaya kepada pemilik-pemilik unit disitu. Dari segi kutipan sampah, tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan dan sampah-sampah mula bertaburan dan berlonggok diluar tong sampah. Terdapat juga anjing-anjing liar yang berkeliaran didalam kawasan kondominium.

Pangsapuri Pelangi Heights, Jalan Batu 3 Lama ;

Lawat periksa telah dibuat bagi tujuan pemantauan kawasan dan didapati keadaan pangsapuri tidak diselenggara oleh pihak pengurusan bangunan. Keadaan pagar pangsapuri yang dipenuhi lalang dan semak samun boleh mengundang binatang berbisa dan membahayakan penghuni disitu. Dari segi kebersihan pangsapuri, dijaga dan diselenggara oleh pihak pengurusan JMB dan kutipan sampah mengikut jadual.

Kondominium Regensi ;

Hasil daripada lawat periksa pada tarikh tersebut didapati kawasan kondominium dalam keadaan bersih dan tidak banyak masalah yang timbul seperti sampah tidak dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. Terdapat juga anjing liar yang menghuni di kawasan sekitarnya dan menyebabkan sampah berselerak di sekitar tong sampah. Kolam renang diselenggara oleh pihak pengurusan. Dari segi keselamatan, terdapat 3 orang pengawal yang mengawal di pondok keselamatan dan setiap kenderaan yang keluar masuk kondominium juga diperiksa dan diambil maklumat diri dan kenderaan.

Kondominium Dinasti, Jalan Batu 3 Lama ;

Hasil daripada lawat periksa pada tarikh tersebut didapati kawasan kondominium dalam keadaan bersih dan tidak banyak masalah yang timbul seperti sampah tidak dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan. Terdapat juga anjing liar yang menghuni di kawasan sekitarnya dan menyebabkan sampah berselerak di sekitar tong sampah. Terdapat kenderaan usang yang terbiar tanpa pemilik. Kolam renang diselenggara dengan baik dan tiada masalah yang serius. Dari segi keselamatan, terdapat pondok pengawal di pintu laluan keluar masuk kondominium. Tetapi tiada pemeriksaan dan pengambilan maklumat kenderaan yang keluar masuk kondominium.